28 November 2009

masa silam...tiada esok tanpa semalam..

Di suatu sudut, kelihatan seorang lelaki terisak-isak menangis kesedihan. Keadaan itu pasti dapat dilihat oleh orang lain. Semua orang sudah maklum, siapakah gerangannya yang menangis itu serta kenapakah ia mengalirkan air mata kesedihan. Itulah dia seorang sahabat Nabi yang begitu tegas orangnya, Umar al-Khatab. Menangisi masa lalunya, kesilapan besar yang telah dilakukannya dizaman jahiliyah. Satu-satunya kesalahan yang begitu membekas dalam hatinya

Mengimbau semula kejadian lalu. Terbayang diruang matanya, si comel yang turut lincah membantu ayahnya menggali lubang di padang pasir itu. Tidak sekadar membantu, dia juga turut membersihkan butiran-butiran pasir di janggut dan muka ayahnya. Betapa mendalamnya kasih seorang anak kepada ayahnya, tanpa dia mengetahui tujuan lubang itu digali.

Kedengaran teriakan sang anak setelah ditolak ke dalam lubang tersebut. Tapi hati yang keras itu, terus berlalu tanpa kesedihan dan tanpa menoleh kebelakang. Betapa kejamnya seorang ayah membunuh hidup-hidup anak perempuannya

Itulah peristiwa yang menyebabkan seorang yang begitu dikenali kerana ketegasannya menangis. Menangis menginsafi kesilapan dan kesalahan yang lalu. Walau menangis air mata darah pun anak yang dibunuh pasti tidak akan kembali
Waktu terus berdetik. Sosok peribadi itu kini kian dikenali masyarakat Arab. Enam tahun selepas Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul, benih keimanan tersemai teguh dihatinya. Bersama Hamzah dengan lantang mengisytiharkan keislamannya. Sejak detik itu, Islam mula diperjuangkan terang-terangan. Berpegang teguh dengan tali Islam, membawa peribadi ini kepada peribadi agung pejuang agama. Terkenal dikalangan sahabat selepas Abu Bakar, dilantik menjadi Khalifah kedua sesudah kewafatan Rasulullah dan termasuk dikalangan 10 sahabat yang dijamin syurga

Begitulah, setiap manusia bangun dari kesalahan masa lalu. Masa lalu boleh terus dilupakan, tapi tak mungkin dapat ditiadakan dalam episod ukiran sejarah kehidupan. Dari sebuah kesilapan, bangkit membina kekuatan dan memperbaikinya sehingga seterusnya memperoleh kejayaan.

Itulah dia seorang mukmin, membina kejayaan dari kesilapan-kesilapan silam. Bukan terus melakukan kesilapan tanpa memperbaikinya. Begitu juga hidayah yang telah diterima. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk membawa dan memperjuangkan agama-Nya. Bersyukurlah masih diberikan nikmat kehidupan untuk melayangkan sepenuh ketaaatan kepada sang Pencipta. Bangunlah, bangkitlah....jangan biarkan masa lalu mengelabui masa hadapan, tetapi pandanglah pengajaran yang dapat diambil dari masa lalu, kerana

TIADA HARI ESOK TANPA SEMALAM........,..

26 November 2009

Salam AidilAdha & salam 27 Nov...berlalu setahun lagi umurku..

Assalamualaikum....

Salam ingatan dari saya buat teman-teman yang datang singgah menziarahi blog persinggahan terakhir ini...saya doakan mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan ceria dan gembira sokmo...
Alhamdulillah, dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk mencoretkan sedikit sebanyak keadaan saya tika ini.almaklumlah, akhir-akhir tahun ni kerja tak putus tiba untuk saya selesaikan..yelah, dah namanya tanggungjawab la katakan..nak tak nak kena juga lakukan.

Hari ini 26 November 2009, tika ini saya berada dikampung sedang melakukan kerja-kerja untuk hari esok..apa lagi kalau bukan kerja membantu mak dan abah dirumah..kerja banyak, kesian pula tengok abah bertungkus lumus menyiapkan pembinaan bilik air yang ke-2 dirumah tu.abang-abang semua beraya dirumah mertua masing-masing.jadi saya lah yang membantu mereka.

Mak, sejak akhir-akhir ini asyik kurang sehat je.sakit kaki dan pening kepala selalu menghantui mak.mak memikirkan banyak perkara.tentang keluarga, hal anak-anak dan tentang kenduri kahwin abang akhir bulan 12 nanti.kesian tengok mak.. seorang wanita yang banyak berjasa pada keluarga ini.kalau tak ada mak, tak tahulah macam mana jadi keluarga ini.InsyaAllah, saya cuba berjanji pada diri agar sentiasa membantu mak dan abah...berjanjilah wahai diri..berjanjilah..!!!

Esok hari raya AidilAdha..jatuh pada hari jumaat 27 Nov..Alhamdulillah, dapat lagi bersua dengan hari yang mulia ini..maha sucimu Ya Allah, maha Besarmu Ya Rahim..

Labbaikallah Humma Labbaik...
Labbaikala Syarikala kalabaik...
Innalhamdah..
Wannai'mataka...
Laka Wansyur...
La syarikalak...

Gembira betul tiap kali tibanya 27 Nov...kebetulan hari raya Aidiladha tahun ini bersamaan tarikh hari lahir saya...Subhanallah..!!! sambut hari lahir dengan takbir dan tahmid pada illahi..(SELAMAT HARI LAHIR YE BAD...hehehe..) dah tua dah saya ni..semakon hari umur semakin bertambah..tapi amalannya sentiasa berkurangan..Ya Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini....

jadi pada teman-teman semua doakan saya ye..moga panjang umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang yang berguna, megabdikan diri pada Islam yang tercinta..dan mudah-mudahan saya akan menjadi sahabat terbaik kalian....hehehe..jumpa lagi dilain masa..
Salam perjuangan dari saya...Wassalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA1430H......

23 November 2009

MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN

Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan “rumahku syurgaku”, kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.

Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.


Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat
Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.
Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.
“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.
Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Coretan Seorang Hamba....


Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatkuKau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku..
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku..
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam
amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

Aku tadah tangankuKu
bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu