19 Oktober 2009

MAAFKAN AKU WAHAI TEMAN...

Maafkan aku wahai teman...
Ketahuilah yang aku tak berniat untuk melukakan hatimu, Tidak terlintas pada fikiranku untuk menguris hatimu.Namun kadang-kadang dek kepenatan juga tekanan yang memanjang Terkadang aku hilang pertimbangan...
Maafkan aku wahai teman...
Aku cuba bawa dirimu ke suatu sudut untuk diperhatikan, Aku mahu mereka mengenalimu dengan penuh keselesaan.Tapi aku fikir dirimu tak sabar inginkan perubahan Itu sebab aku tegur, bukan apa, sekadar peringatan..
Maafkan aku wahai teman...
Teringat pesan guruku, Kita yang baru kenal Islam Jangan sesekali musnahkan dakwah- Dakwah para ulamak yang telah lama memulakan
Maafkan aku wahai teman...
Ketahuilah ramai yang telah memulakan, Ramai juga yang semangat macam kalian.Bertahun belajar di perantauan tentang apa itu Islam Berdasarkan sunnah apatah lagi al-Qur’an.Balik ke tanah air mereka teruskan perjuangan, Tapi masalahnya ramai yang menentang Bukan kerana tak mahukan kebenaran Tapi kerana kita yang terkadang hilang pertimbangan.Akhirnya ramai yang semakin berjauhan..Itulah hasilnya bila tak sabar inginkan perubahan
Karenah mereka yang menentang tak usah dipedulikan.Teruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan, Insan yang mengharapkan kemaafan..
...Mungkin ramai yang tak faham apa yang aku maksudkan.Hanya yang berkenaan mampu mentafsirkan.Cukuplah hanya dirimu yang faham, Kerana itulah satu-satunya tujuan.
Maafkan aku wahai teman...
Pesanku buat diri kalian, teruskanlah perjuangan Tanpa perlu menoleh kebelakang..
Maafkan aku wahai teman...
Aku marah bukan kerana benci Tapi kerana Sayang akan hasrat dirimu yang bercita-cita mahu menjulang Islam di mata Dunia.Pesanku buat kalian, jangan hilangkan kepercayaan kepercayaan yang telah diberikan ...Lebih-lebih lagi bila diberi peluang
Maafkan aku wahai teman...
Aku bukan tidak mengerti apa hasrat kalian.Jauh lagi menjadi penentang kepada kesyumulan Islam.Kalaulah begitu anggapan diriku terhadap dirimu wahai teman..Akulah antara insan yang akan pastikan dirimu dibuang.Namun ketahuilah yang aku membela dirimu bila dipersoalkan.Kukatakan dirimu banyak berjasa untuk Islam Terutamanya di kampus kita yang tersayang.Hasilnya mereka kekalkan statusmu walaupun ada yang keberatan...
MAAFKAN AKU WAHAI TEMAN.....!!!!