06 Oktober 2009

OH SAHABAT....!!!


Terkadang tatkala kita bersedih, kita hanya mampu tunduk dan mengunci segala kata, sememangnya ketidak adilan yang menyebabkan kita bersedih, benar-benar telah menjatuhkan air mata satu persatu. Pada masa itu, tiada siapa yang menghulurkan helaian yang mampu mengusap lalu di biarkan saja kering sepanjang kejatuhan air mata, agaknya di mana semua yang berjanji akan sentiasa di sisi? Di mana? Pendusta semuanya!!!

Sahabat ketawa mudah di cari, sahabat menangis, payah amat di jumpai. Seseorang telah mengingatkan aku melalui sistem pesanan ringkas, “ Sahabat yang baik itu payah di temui, sukar di tinggalkan, dan mustahil dilepaskan.”Tapi ya, bagaimana untuk menemui sahabat seperti ini? Sahabat semua datang dan pergi.

Sahabat ialah kurniaan Allah yang terindah bagi seseorang. Bagi yang merindukan hubungan yang baik dengan sahabat, jenguklah tips ini,
-terima dan hargai pendapat sahabat anda.
-terima kelemahan keistimewaan sahabat.
-janganlah terlalu cemburu, masing-masing punya kelebihan.
-jangan bicara buruk di belakang sahabat, simpanlah aib dan rahsianya.
-saling memahami, toleransi, mempercayai dan saling ingat mengingati.
-komunikasilah dengan baik

“Tidak ada suatupun yang lebih berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam dan Iman selain teman yang baik. Apabila kamu mendapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh.”
-Umar-

Sahabat yang baik itu..apabila kamu memandangnya,kamu teringat akan Allah,
Apabila dengari percakapannya,pengetahuan kamu terhadap Islam bertambah,
Apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kepada kehidupan di akhirat..”
-Sabda Nabi SAW-

"Ukhuwah itu umpama untaian tasbih, ada awal, tiada penghujungnya, di cipta untuk mengingati-Nya, di bahagi untuk cinta-Nya, di ratib demi redha-Nya!!”

Semoga kita semua menjumpai sahabat yang sejati, membimbing jalan yang di redhai, bersama menuai fantasi jadi realiti, dan bersama menghadapi pahit manisnya perjuangan!!

05 Oktober 2009

TENGOK SAT ADEGAN BURUK DEPA NI....








SIAPAKAH YANG MENGAJAR ANAK-ANAK MUDA KITA MENJADI KURANG AJAR, TIDAK BERAKHLAK DAN MENJAHANAMKAN MASA DEPAN MEREKA DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA...????

LIHATLAH DIANTARA GELAGAT-GELAGAT MEREKA...TEPUK DADA..TANYALAH IMAN..!!!

04 Oktober 2009

sekitar penamaan calon PRK Bagan Pinang

SELAMAT DATANG PETUGAS-PETUGAS PARTI ISLAM KE PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG (PRK N.31) SEMOGA ALLAH MERAHMATI JERIH LELAH KALIAN DALAM MEMBANTU KEMENANGAN CALON PAS....

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)