03 Oktober 2009

BAGAN PINANG...I AM WELCOME

-SELAMAT DATANG BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN KE PRK BAGAN PINANG....
-SELAMAT MENJALANKAN TUGAN ANDA HINGGA MENCAPAI KEJAYAAN.....

-SETIAP PELUH DAN KEPENATAN ANDA ADALAH PAHALA....

SIRUU ALA BARAKATILLAH.....
SEMOGA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SELALU...

02 Oktober 2009

maafkan segala kekhilafan....


aku sendirian...
terasa ada sesuatu yang mengusik jiwa...
sayu...mata mula berkaca...
kenapa aku tinggalkan mereka
sedangkan mereka tidak jemu -jemu memberi semangat...
dan mereka tidak jemu- jemu bertanyakan khabar...
aku sedar yang aku telah menzalimi hati-hati mereka...

tuhanku...
aku sendiri tidak tahu kenapa begini..
semakin di penghujung ...
semakin aku rasakan
bahawa aku tidak layak untuk mereka...
untuk sahabat2 sebaik mereka..

apa yang aku mahukan tika ini
hanyalah bebas dengan kehidupanku sendiri...
tidak menyakitkan sesiapa
dan tidak terikat dengan apa2 pun...

hakikatnya aku tahu
bahawa aku tidak akan mendapat itu...
kerana hidup ini ada matlamatnya...
ada taklifan...
ada yang perlu aku laksanakan....

aku bukan sekadar hidup untuk hidup...
tapi aku hidup untuk berbakti....
dan menyampaikan...

maafkan aku wahai sahabat...
aku mengasihi kalian sepenuh hatiku...


maafkan aku wahai sahabat....
untuk kali ini
dan untuk semua yang telah aku lakukan....

izinkan aku berundur untuk seketika...
dan aku harapkan
aku akan kembali semula
dengan semangat baru
yang tak akan pudar hingga hujung nyawa...
doakan aku...
doakan aku...
doakan aku...

TIADA PENDING DALAM TALIAN ALLAH

Assalaamu'alaikum, Sahabat-sahabatku. ..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
"Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.

"Atau...Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.Tetaplah sabar menunggu.
Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.

"Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa,Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengarsari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentanghakikat syurga & neraka,

silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.Silakan cuba lagi esok." atau..."Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.

"Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita,Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya,sila gunakan nombor utama ini: 24434 :
solat Subuh2
solat Zuhur4
solat Asar4
solat Maghrib3
solat Isya'4

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nomor ini 28443483
2 solat Subuh
8 solat Dhuha
4 solat Zuhur
4 solat Asar
3 solat Maghrib
4 solat Isya
8 solat Tahajjud atau lainnya
3 Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
"Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil. Nomor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!


Sabda Rasulullah S.A.W :

"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 kalimah Allah
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah terbiasa.

"WAHAI DIRI"..!!! Belajarlah erti Redho & Sabar

Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Akhir bulan julai sehingga Awal bulan september. ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untukku. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari-hari yang ku lalui, terlalu sedih untuk dikenang.

Ibaratnya dugaanku selama ini seolah-olah ku sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. ku jaga istana pasir itu, ku bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. ku mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai.

Fenomena itu sememangnya kutahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang ku bina musnah jua dipukul ombak besar. ku ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah ku membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari ku musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang ku lalui kini.

Ujian itulah kehidupan

Allah ingin menguji ku lagi. ku demam dan selsema. Bukan sehari dua malah hamper 12 hari dan hari ini baru rasa demam ku berkurangan. Ditambah pula dalam tempoh itu ku kena siapkan beberapa kertas kerja yang jamaah amanahkan padaku.

Aduhai, terasa amat perit hari yang ku lalui itu. (Bukan mengeluh, tapi ekspresi ku rasa). Mungkin jua terlampau terkejut.

Kata abah, ‘sabarlah, Allah baru mencubit sedikit sahaja paha kita, kita telah mengeluh panjang dan bising-bising.’ Kata-kata abah betul. Tapi ku bukan mengeluhjua bukan tak redho, Cuma ku rasa ingin mengadu sangat-sangat kepada Allah. Kata Abusaif,

"kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya adalah kehidupan kita."

Ya memang ku akui. Redho itu perit, Tapi Imbalannya Manis… Beberapa hari ini ku cuba mencari kekuatan diriku untuk menerima apa yang berlaku dalam hidupku.ku cuba belajar erti redho. Betul, redho tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redho itu perit, tapi imbalannya manis.

Begitulah pesan abangku. kerana ujian demi ujian berterusan bertamu pada diriku.. ku cuba redho Ya Rabb...walau sesekali hati ini mengeluh. aku redho dan ku terimanya dengan hati yang terbuka.

Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redho itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antara sabar dan redho, redho itu kita perlu ikhlas menerima setiap ketentuan. Bayangkan jika anda menerima ujian yang terlalu berat, kita akan tahu apa bezanya redho dan sabar. Ia memang berbeza.

Dulu seorang sahabatku bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu ku hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya ku tidak tahu. Hari ini, setelah ku lalui episode yang sukar dalam hidupku,ku telah punyai jawapannya. Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini ku belajar. Berkata Umar Abdul Aziz

"Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya"

Kembalilah kepada Allah

Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. ku telah temui ramai orang yang diuji hampir sama sepertiku. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti ku tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah.

Alhamdulillah episod duka ku lalui itu dengan penuh terarah. ku masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) "– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. ku ingin ulangi kata-kata abah, Allah baru sahaja mencubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan. Al-Mutanabbi berkata,

"Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua"

Wasiat Luqman Al-Hakim..

"Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah"

Binalah Istana untuk didiami,

Syukur, terlalu banyak pelajaran yang Allah berikan kepadaku dalam menempuh ujian kehidupan. Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya

“Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, ku tidak mahu membina istana pasir lagi. ku ingin membina istana untuk ku diami. Kali ini, ke perlu berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia. Akhirnya ku cuba belajar erti sabar dan redho. Amin.

Rona-rona kehidupan...

assalamualaikum...
setiap manusia mempunyai cerita yang tersendiri yang sudah tertulis sebelum kita celik melihat keindahan dunia ciptaan Allah ini...
maka syukurlah bagi yang lahir dan mati sebagai orang Islam. pertemuan dan perpisahan umat manusia adalah bukti betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita. hidup mana yang sunyi dari cubaan dan dugaan. kerana sesungguhnya dugaan dan cubaan itulah asam garam penyedap kehidupan kita...
hati mana yang tidak bergelora tatkala badai melanda...hati ini juga tidak pernah terlepas. selalu lalai mengejar cinta manusia dan terlupa cinta pada
Allah...
Ya Allah...hati ini selalu ragu dgn kasihMu...hati ini selalu lupa pada cintaMu.bimbinglah hati ini agar dapat terus mencintaiMu Ya Allah...peliharalah hidayah yang Kau berikan padaku,hambaMu yang kotor lagi hina ini...

Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’-
Surah Al-Baqarah ayat 216