12 September 2009

Seri AidilFitri...

video

Bismillah wa Lillah..

Ini lagu nasyid terbaru bertemakan Aidilfitri dari beberapa kumpulan nasyid tanah air. Lagu ini juga merupakan lagu terakhir Allahyarham Ustaz Asri Rabbani dan video klip ini dirakamkan seminggu sebelum Allahyarham meninggal. Sama-sama kita menghayati hiburan Islamik ini. Islam tidak menghalang hiburan cuma Islam mahukan hiburan dikawal..

09 September 2009

Hiba sekeping hati bila berakhirnya ramadhan...

Hanya tinggal 10 hari ramadhan bakal melabuhkan tirai..1 syawal mula menjengukkan wajah...
Syawal yang bakal tiba menandakan genap sebulan sudah kita menjalani latihan yang diprogramkan oleh Allah untk kita menjadi lebih bertakwa..


"Wahai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan pada umat sebelum kamu,supaya kamu bertaqwa."(al-Baqarah;183)..

Ukuran sejauh mana kita berjaya menghayati latihan ini ditentukan dalam 11 bulan berikutnya..mampukan untuk terus istiqamah dengn amal ibadah sebagaimana dalam sebulan keberadaan kita di universiti tarbiyah ini..

1 syawal, ibarat hari konvokesyen..deanlist kah kita?atau sekadar cukup2 makan? atau kta fail dalam menjalaninya? andai kita berada di tempat dealist..wajarlah untuk kita bergembira di lebaran ini..meraikan kemenangan..kemenangan kerana telah mendapat maghfirah dari yang maha Pencipta.. juga untuk bergembira..Bergembira kerana telah lulus ujian mujahadah..

"celaka dan rugilah seseorang yang memasuki bulan ramadhan kemudian keluar sebelum mendapat keampunan dariNya.."-HR Tirmizi.

Ramai yang menganggap 1 syawal sebagi hari untuk meraikan kejayaan ..kejayaan kerana berjaya melawan ujian hawa nafsu sepanjang ramadhan..Namun hakikatnya, ujian belum berakhir, ia baru bermula. ujian yang bakal kita tempuhi bermula syawal dengn bekalan latihan sebulan yang sudah kita garap, syawal ini merupakan 'turning point' untuk menjadikan kita terus merebut amalan2 baik sebagaimana telah kita jalani sebulan ini..berusaha lah untuk terus berjaya..mencapai kejayaan itu telah terbukti, namun untuk kekalkan kejayaan dan mnjadi lebih berjaya, itu yang lebih sukar..

Ingatan untuk diri..,

Selagi ramadhan belum berakhir...asahlah lagi keimanan, latihlah diri..muhasabahlah diri..usahlah kerana aura 1 syawal membuatkan kita lupa pada 10 malam terakhir ramadhan ini..malam di mana terdapatnya lailatulqadar..

Hati teras sedih dengan berakhirnya ramadhan..betulkah diri ini benar2 telah memanfaatkan ramadhan kali ini? sudahkah aku mendapat keampunan dariNya?.. mampukah untuk ku praktikkan latihan sebulan ini utk bulan2 berikutnya? masihkah ada kesempatan untuk ku temui ramadhan berikutnya?..

Ya Allah hanya redha dan maghfirahMu yang ku harapkan..!!!!!!!!!!

07 September 2009

santai sebentar.....

Salam sejahtera buat teman-teman persinggahan, hari ni persinggahan tak tahu nak tulis apa. tetapi dibawah ni persinggahan siarkan pantun negeri yang dihantar oleh seorang teman persinggahan... sekadar untuk melirik senyuman semata...maaf jika merasakan ia menghina sesetengah pihak..

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu suko masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek
Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Bilo hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

(pesanan)
*Sorry la Sabah n Sarawak jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun… *harap teman2 xberasa hati ada yang terkena pada negeri masing-masing...gurauan semata-mata tiada kena mengena yang hidup mahu pun yang mati...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA.....

06 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat teman-teman seperjuangan, khususnya teman-teman yang sudi melayari dan tidak jemu-jemu bersama blog persinggahan..hari ini hari ke 16 Ramadhan 1430H.kita sudah masuk pertengahaN ramadhan sebagaimana sabda Rasulullah..

"di Awalnya RAHMAT di pertengahannya KEAMPUNAN dan diakhirnya TERHINDAR DARI API NERAKA"

Buat teman-teman persinggahan, rebutlah peluang yang terhidang didepan mata kalian ketika ini.kita sama-sama menghitung kembali apakah dan banyak manakah amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan mulia ini..Persinggahan bukanlah orang yang terbaik untuk menasihati kalian..tetapi apabila persinggahan teringatkan firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud

"Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh. Dan BERPESAN2 pada kebaikan, dan BERPESAN2 pada kesabaran."

hanya pesanan ini yang dapat persinggahan sampaikan..teringat persinggahan sabda nabi s.a.w. "sesungguhnya setiap orang islam itu bersaudara" jadi atasa dasar itu jugalah persinggahan mengajak teman2 serta sahabat2 persinggahan agar dapat bersama-sama meningkatkan amalan selagi bulan yang mulia ini belum berakhir.

SELAMAT MELAKUKAN IBADAH DI BULAN YANG MULIA INI...
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN...
SIIRU ALA BARAKATILLAH...

kita hayati bersama...

Kekurangan kita ialah banyak membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya..
Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak tahu tafsirannya…
Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah tahu tafsiran tetapi tidak tahu rahsianya…
Kelemahan kita yang tertinggi ialah kita tahu rahsianya tetapi tidak mempercayainya..
Kelemahan kita yang paling tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya..


(dari lirik nasyid Inteam....)

Al-Quran Panduan Penunjuk Jalan
Sunnah Rasul Penerang Kegelapan
Untuk Kita Sampai Kepada Allah
Al-Quran Boleh Menenangkan Hati
Dan Melapangkan Jiwa
Elok Dibaca Dengan Adabnya Dan Difahami
Jika Tidak, Bukan Saja Tidak Dapat Pahala
Berdosa Pula…
Bila Al-Quran Mekar Di Hati
Dan Sunnahnya Mengawal Peribadi
Pasti Hidup Kan Dirahmati
Di Dunia Dan Akhirat
Al-Quran Mengandungi Hikmah
Dengan Keberkatannya
Sunnah Rasul Jadi IkutanJadi Amalan Dalam KehidupanTenang Jiwa Hidup BahagiaI
tulah Jaminan-Nya