04 September 2009

TAUBATKU YA RABB....AMPUNKAN AKU...!!!

TUHAN…
Saat aku menyukai seorang teman…
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir…
Sehingga aku tetap bersama yang Tak Pernah Berakhir

TUHAN…
Ketika aku merindukan seorang kekasih..
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu..
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi.

TUHAN…
Jika aku hendak mencintai seseorang…
Temukan aku dengan orang yang mencintai-Mu…
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu..

TUHAN…
Ketika aku sedang jatuh cinta…
Jagalah cinta itu…
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu..

TUHAN…
Ketika aku berucap aku cinta padamu..
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu.
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu.
Sebagaimana orang bijak berucap…

"Mencintai seseorang bukanlah apa-apa..
Dincintai seseorang adalah sesuatu,
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti..
Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"

Rabbana laa tuzigh quluubanaa..ba’daidzhadaitanaa wahablana milladunka rahmah..innaka anntalwahhabb..

Ya Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami rahmat
dari sisi Engkau, kerana
sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

Amiinnn ya rabbal ‘Aalamiinn…^_____^

HIPOKRITKAH KITA....???

Asssalamualaikum...

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... Kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha pengasih...Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... Lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"sesiapa yang sanggup mati kerana allah sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk pak imam tu...Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah pak imam sambil berkata:

"Ok pak imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah pak imam mulakan sembahyang jumaat"....Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macam mana... Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah..." lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia islam hanya 20 yg betul-betul beriman...

"“lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan allah bila menghadapi bahaya... Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun... Dia tak kata pun nak bunuh... Tapi generasi skrang... Amat lemah... Baru kena ugut terus lari lintang pukang... Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. Tu pun bila time sembahyang jumaat.. Tunjuk muka kat org kampung.. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. Bile time sembahyang raya..."

"lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al quran"

"lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada allah alahai... Tak cukup masa...Dan

lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi
merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..??

Kenapa gelak?tu kan realiti..

Tapi yg paling lawak sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? Berapa banyak????Wallahualam...

P/s: (thank husna, kerana memaksa persinggahan beberapa kali menyiarkan artikel ini..hehehe..)

santai - seram..KENAPA MATI HARI JUMAAT...???

Perkara ini pernah terjadi di sebuah Hospital ternama di Kuala Lumpur dan tragedi ini mendapat liputan luas di akhbar-akhbar arus perdana di dalam negara ketika itu...

Cerita ini bermula sebuah katil di dalam bilik ICU di hospital berkenaan dan kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi, tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor yang bertugas di hospitalberkenaan... perjumpaan tergempar diadakan, Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...Beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Al-Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar pantas...seiring dengan degupan jantung mereka. pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...

tiba-tiba......Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan



terus........................... mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan pesakit itu agar dapat menghidupkan..vacuum cleanernya.... kweng!!!!...kweng!!!....Ya ampun!!!!... hehehehe...

jgn marah Haaaaa....

01 September 2009

PESANAN- "INGATLAH WAHAI DIRIKU.....!!!"

Satu persoalan ingin ku tujukan padamu diri..sempurnakah kamu sebagai seorang teman..?mungkin seorang kekasih..? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali wahai diri, kamu tidak faham pun akan jiwa seorang insan..We have to face the reality even it’ll hurt our hearts.. do read, and find out yourself.. Renungkan…. Hayati dan fahami….

-Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali mu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
-Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

-Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
-Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa… Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

-Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan… Berkhasiat… Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
-Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu… Menyayangimu… Mengasihimu… Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan… Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal….. Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah

31 Ogos 2009

jom santai sat...TEKA TEKI IMAM GHAZALI.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :


Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"


Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"

Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"

Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"

Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"

Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"

Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"

Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tingglkan solat"
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
" Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"

Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

KEMANA ARAHNYA...KITA FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA..

"Ingatlah,
dalam kita berlari mencari rdha Ilahi
tidaklah kita dihiasi dan direnjis dengan wangian haruman kasturi
tetapi ditaburi oleh onak dan ranjau yang tak terperi.
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah."

ketika diri diselubungi kesepian dan kedukan, tiba-tiba sampai sms daripada seseorang yg tidak dikenali. ntah siapa, kerana no ID penghantar tidak disimpan dalam memori telefon.
Merenung jauh makna disebalik ayat-ayat yang dihantar, diri trasa begitu hina lagi lemah kerana terlalu mengikut nafsu yang sememangnya tidak mahu diri ini terus mencari keredhaan Ilahi.
dalam seminggu ini, diri terasa begitu lemah dek kerja-kerja yang melambak dimeja. sudah beberapa kali tidak dapat menghadiri usrah membuatkan diri ini terus semakin lemah. Tambahan pelbagai dugaan silih menimpa diri. Namun dianggap semua itu satu tarbiah dariNya.

Teringat kata-kata seorang murobbi ketika ku berbual dalam satu perjalanan, " Ana dulu waktu student, masa nak mula buat gerakan ********** ana buat dua orang ja. bukan sebab ana ni hebat, tapi takda yang minat dan sanggup". Kata-kata ini sering membakar semangat dalam diri ini supaya terus untuk berada pada laluan yagn penuh berduri ini.
Teringat pula kata-kata Ustaz ketika ku tanya perihal mimpi-mimpiku selama ini yang membuatkan diri terasa begitu takut. Walaupun mimpi itu mainan tidur, tapi ada kalanya ia sebagai petanda atau teguran atau khabar berita atau hiburan bagi sesetengah insan, namun terkadang bila direnung kembali, rasanya jalan yang sedang dilalui seperti yang terlihat dimimpi.
"Ana rasa aenta perlu bersedia dengan dugaan, cabaran yang akan datang satu hari nanti. Dilihat kisah-kisah pejuang agama terdahulu atau yang masih hidup, jalan dakwah penuh dengan duri. Oleh itu memerlukan pengorbanan yang tinggi. Enta perlu cari teman hidup yang memahami tugas pendakwah. Makan tidur enta tak akan menentu, tapi yakinlah bahawa sesiapa yang tolong agama Allah, Allah akan bantu dia" Jawapan Ustaz yang selalu memberi semangat untuk diri terus tetap dalam perjuangan.

Teringat pengalaman berada di sekolah menengah, 4 tahun masa diambil untuk berjaya merubah seorang 'junior' dari kegelapan ke cahaya yang lebih indah. Namun kerana diri terpaksa ke selatan tanah air menyebabkan ukhwah dan perhubungan kami semakin jauh, tarbiah tidak dapat dilakukn secara konsisten. Mereka yang awalnya telah mula istiiqomah dengan usrah dan sedang membina bi'ah Islamiah disana, mulai lemah dan tidak lagi berusaha membina biah tersebut.

Sama keadaan seperti sekarang. Mereka yang berada di Sekolah menengah 'terebut' berusaha untuk bina kembali kegemilangan usrah dan menjemputku selalu ke sana. Tapi dek kerenah birokrasi dan mungkin hati-hati pihak pengurusan yang kotor, tidak suka pada sesuatu parti dan takut pemikiran pelajar-pelajar disulam dengan politik, maka aktiviti-aktiviti usrah, muhadhoroh juga tidak dibenarkan. apatah lagi Usrah Naqaba' yang sering menjemput senior sebagai naqib terus dihalang.
Yang menghairankan, sekolah-sekolah lain boleh pulak menjemput insan kerdil ini memberi bantuan untuk program-program dakwah dan pembentukan pelajar di sekolah mereka, tapi sekolah sendiri menghalang. Rasanya bukanku seorang malah sesiapa sahaja tentu pernah merasai seumpama dengannya, turut dilarang memasuki kawasan sekolah. Ini berita yang ku dapat.

Apa gunanya alumni ditubuhkan? Bila ditanya mengapa bekas-bekas pelajar yang ingin menggerakkan usrah ini dilarang, bermacam-macam alasan dikeluarkan. "Nak buat program walaupun usrah perlu ada guru penasihat atau guru yang 'incharge' pada waktu tersebut". Hmm. Kalau difikir, setakat usrah yang membincangkan aktiviti tarbiah ini perlukan 'ditunggu' oleh guru sekolah tu? Guru -guru ni pon ada suami dan anak-anak. kesian la kat suami tu. ISTERI YANG TAK BOLEH BERKHIDMAT PADA SUAMI SAJA YANG SETIAP MINGGU BOLEH BERJAGA DI SEKOLAH MENUNGGU AKTIVITI QIAM DAN SEBAGAINYA!!!.

Erm!!! Apa pon, biarkan hati ni khusnu zhon pada setiap perkara yang berlaku. Bukan nak salahkan sesiapa, cuma mungkin boleh membuka minda pembaca yang bakal dan sedang menjadi guru. Apa guna kita bangunkan bangunan bertingkat-tingkat tapi rohani pelajar tidak disuburkan. akhirnya lahirlah remaja-remaja yang cerdik dalam peperiksaan, tapi BODOH dan TIDAK TAHU bahawa mereka ada TUHAN.

Wah!!! terjaga dari lamunan. Perlu siapkan tugasan pulak. sehingga bertemu lagi...

SEDIH..PEDIH..KELIRU..MAHA SUCIMU YA ALLAH..!!

Bismillah..
Kadang-kadang ada perkara buat kita sedih sangat.Kadang-kadang suatu ujian itu kita rasa tak dapat tanggung.Rasa macam seluruh alam menghempap dada kita.Pendek nafas kita.Bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.Nak menjerit tapi tak kedengaran.Nak lari tapi ke mana?Rasa nak bersembunyi pada tempat yang terjauh dan paling sunyi di atas muka bumi.

Rasa bagai nak pecah kepala kita.Badan mula sakit-sakit dek memikirkan masalah kita.Kesakitan itu rasa macam menghiris-hiris dan merobek hati.Perit sangat.Air mata hanya Allah tahu betapa banyak ia jatuh bercucuran.

Bila keadaan sebegini menimpa jangan kita pernah lupa.Allah tahu, sedar, paham, merasai SETIAP apa yang kita rasa.Allah sentiasa dengar jeritan hati itu.Allah sentiasa sediakan tempat persembunyian paling terbaik untuk kita.Iaitu dalam solat dan munajat kita.Allah telah kira pun setitik demi setitik air mata itu.

Janganlah kita anggap Allah lupakan kita.Membiarkan kita bersendiri menanggung luka yang dalam ini.Tapi Dia sentiasa ada. Sangat dekat.Menunggu-nunggu kita.Berdoa, merayu, menangis dan berharap padaNya.Dan hanya padaNya.

Kita boleh sedih.Kita boleh 'down'.Tapi jangan biarkan terlau lama dan emosi memakan diri.Kita tak punya masa.Kita perlu maju dalam apa sahaja yang kita buat.Manusia perlu dikembalikan pada Allah.Ummah sedang meronta-ronta dahagakan Islam dan petunjuk.Takkan kita mahu selamanya 'down' dan membiarkan semua itu tertangguh?Kerja kita harus berjalan walau macam mana pun keadaan kita.Dakwah kita harus mara agar kita sendiri tak ditinggalkan keretapi itu.

Ya Qayyum, kuatkanlah & tetapkan hati lemah ini.Pajakkan kaki lemah ini di atas jalanMu.Redha dan rahmatMu hanya diburu....