29 Julai 2009

Renungan- Mengapa Diriku di Uji ????

Syukur pada Allah Subhanahu Wa Taala kerana diriku masih bernafas lagi hari ini hingga ke malam ini…Pujian padamu Ya Rabb untuk ketenangan diriku pada hari ini… Alhamdulillah..Maha Suci Allah…

Saya ingin berkongsi apa yang saya fikirkan tika ini dan saat ini…Secara logiknya apabila saya asyik bergelut dengan dunia saya,sudah pastinya orang lain pun bergelut dengan dunia masing-masing…Dan dunia masing-masing punya jalan cerita tersendiri dan rencah tersendiri. bayangkan berapa bilion manusia dalam dunia ini, pastinya ada berbilion jalan cerita mereka…dan pastinya yang menentukan setiap jalan cerita mereka adalah Allah Yang Maha Kuasa…

Bayangkanlah betapa HEBATNYA Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menguruskan ke semua jalan cerita semua manusia tanpa cacat celanya dan penuh kesempurnaan..

SubhanAllah,Maha Suci Allah…
Dd

Di saat-saat kita diberi ujian dan pastinya ujian itu adalah tarbiah untuk kita,tidak terfikirkah kita,dalam ramai-ramai manusia yang wujud dalam dunia ini,kita dipilih untuk diuji? Betapa Allah masih lagi ingat dan ambil perhatian pada kita…betapa ramai manusia dalam dunia ini, ada yang tidak diuji seperti kita…Dan kadang-kadang kite sering bertanya

‘MENGAPA AKU DI UJI SEBEGINI YA ALLAH???’

itu maknanya ….Allah tahu kite mampu untuk menghadapi ujian itu…
dan kalau kita mampu menghadapi ujian itu,pasti bertambah-tambah sayang Allah pada kita…

(Mereka berdoa):"Ampunilah kami ya Tuhan dan kepada Engkaulah tempat kami kembali.” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampuni kami dan rahmatilah kami.Engkau Penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
-Al-Baqarah:286
Cc

Jadi , jgnlah sesekali kita mudah sangat putus asa bila di beri ujian.. ALLAH memberi kite sakit , kenapa? sebab DIA hendak melihat bagaimana kita berusaha dan menjadi manusia yang lebih kuat dalam keadaan sedikit demi sedikit proses kifarah dosa itu berjalan.. betapa pemurah nya ALLAH kan? bersangka baiklah dengan ALLAH.. DIA sayang kita .. DIA kasih kita melebihi seorang ibu sayangkan anak nya.. melebihi seorang kekasih sayangkan kekasihnya !
pergilah cinta dunia sementara ..
datanglah cinta ALLAH selamanya..

=============================================


Oh Tuhan berikanlah sedikit rasa cintaMu padaku
semoga seluruh cintaku untukMu
Oh TUhan kurniakanlah sedikit rasa takutkanMu
padaku semoga ku tidak takut selainMu

Ya Allah dengan rahmatMu kurniakanlah

Ya Allah jadikanlah airmataku di waktu takut denganMu
pemadam api nerakaMu
jatuhnya airmataku
menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan kalau bukan dengan rahmatMu
aku tidak akan selamat
setidaknya jika
bukan rahmatMu aku tidak akan terlepas dari azabMu

Ku lemah bantulah menuju bermujahadah selalu
syaitan sering menipu dayaku lindunglah aku darinya…

Bagaimanakah Kesudahannya Hubungan Kami Ini Ya Rabb..???


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan

ya Allah… ya Tuhanku yang Maha
Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…

Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha
Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta…

Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang
daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman

Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin… Ya Rabbal ‘Alamin

~..Kemanisan cinta-Mu yg ku dambakan..~


Ahh..
Tumpas lagi aku di malam ini..
Keimanan yang sering di pertahankan musnah lagi..
Tatkala nafsu dan iblis yang di jadikan raja dalam diri..
Keimanan yang nipis itu di koyakkan sekali lagi..
Lantaran kebodohan hambaMU yang mengatakan dirinya pejuang di jalanMU..

Dimanakah kedudukanku di sisimu Ya Rabb..?
Dimanakah darjatku di sisimu Ya Rahman?
Apa masih punya tempatkah aku di sisiMU itu Ya Rahim?

Aku cukup takut kepadaMu Ya Allah..
Takut dengan dosa-dosa yang sering ku lakukan..
Takut dengan nikmat-nikmatMu yang sering ku salah gunakan..
Takut dengan amanah-amanahMu yang berani ku pikul ini..

Sekali lagi Ya Rabb..
Aku tewas lagi dalam menjaga keimanan ini..
Tewas dengan nafsu diri dan bisikan makhluk yang dimurkaiMu itu Ya Rabb..
Terkadang aku bertanya pada diriku sendiri..
Apa benarkah aku adalah pejuang di jalanMU ya Rabb?
Apa benarkah aku umat Nabi Muhammad Saw yang dikasihiMU itu?
Apa benarkah aku adalah makhluk yang di muliakan olehMu itu?
Lantaran taubat yang biasa ku lakukan itu di jadikan permainan..
Seolah-olah suatu lakonan di hadapanMu..
Di lakukan hanya kerana takut padaMu buat seketika cuma..
Benarlah aku seorang pelakon yang sungguh hebat di hadapanMu..

Sungguh aku adalah seorang makhlukMu yang hina..
Bodoh lagi daif di sisiMU..
Terkadang aku cukup malu padaMU Ya Rabb..
Kerana mengotori kesucian cintaku kepadaMU dan cintaMU kepadaku..
Ampunilah hambaMu ini Ya Tuhanku..
Kerana sering memungkiri janjinya kepadaMU..
Alpa dalam menunaikan hak-hak yang harus ditunaikan kepadaMU..

Sungguh..
Aku cintakanMu ya Rabb..
Terlalu rindukan saat-saat bersujud di hadapanMU..
Di kala malam aku memujiMU
Di kala malam aku merintih padaMu..
Di kala malam aku bercerita kepadaMu..
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi buatMu Ya Rabb..
Melainkan aku sayang kepadaMU..
Cinta kepadaMu..

Jadi ku mohon dengan setulusnya kepadaMU Ya Rahman..
Tenggelamkanlah aku dalam cinta ini Ya Rahim..
Kerana aku tahu kau maha Pengampun bagi hamba-hambaMU..
Dan aku sangat yakin dengan itu..
Kau pasti mengampuni dosa-dosaku..
Semoga engkau tidak mengambil apa yang telah engkau berikan padaku ini..
yakni..

'HIDAYAH'

28 Julai 2009

JOM KENALI.."Panglima Perang- Khalid Al-Walid (Pedang Allah)


Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid.

Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'Semasa belum memeluk Islam,

beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom.

Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid.

Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk menghapuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah"

.Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a. sambil berkata :

"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.


tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera.
Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !

Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudaranya seperti mereka kasih kepada diri mereka sendiri. memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

Sebelum wafatnya Panglima Khalid Al-Walid ini,beliau menangis. Ketika dalam keadaan hampir wafat, beliau menangis dan ditanya oleh sahabat kenapa beliau menangis (ketika itu badan beliau penuh dengan kesan calar akibat perang). Beliau menjawab' Aku menangis sebab aku sedih dan kecewa tak dapat mati syahid di medan perang,aku adalah panglima perang yang dikatakan handal dan hebat tapi aku mati macam lembu yang tak berguna.Mati bukan di medan perang'.

Sahabat-sahabat..lihatlah ketokohan dan keimanan yang ada pada Panglima Perang Khalid Al-Walid yang juga digelar sebagai Saifullah (Pedang Allah).Begitu kental dan kukuh iman mereka pada Allah dan Rasul. Begitu yakin dan berharap mereka pada janji Allah dan Rasul. Sangat kecewa dan kesal bila tidak dapat mati di medan perang. Nyawa dan jasad mereka diwakafkan sepenuhnya pada jalan jihad.

26 Julai 2009

Seuntai Tasbih untuk kekasih


pernah dahulu
aku menyintaimu dengan setulus hatiku, hanya kerana-Nya....

aku tidak mampu untuk
merungkai persoalan kenapa dan mengapa aku menyintai dirimu...

hanya Allah yang maha mengetahui....
Namun aku menjadi semakin kecewa, tidak tentu arah dan aku menjadi semakin keliru.
adakah cintaku padamu hanya kerana-Nya..?
setiap saat dan detik aku mengingatimu melebihi pencipta dirimu.
setiap saat aku merindui mu melebihi aku merindui penciptamu..
aku keliru dan aku makin keliru...
Adakah cintaku padamu kerana Allah atau sebaliknya....

persoalan ini semakin rumit
dan menjadi semakin rumit...

aku memujimu
dan aku bukan memuji keindahan
pencipta dirimu dan diriku...

aku mengagungkanmu,
bukan meng
agungkan yang hak....
"ya Allah ampuni hamba-Mu ini...
inilah kesilapan yang pernah aku lakukan
moga Kau menunjukkan jalan taufik dan hidayah-Mu kepada diriku...."

aku pernah menyatakan kepadamu ingin memberikan sesuatu kepadamu....
namun sehingga kini ia masih di genggaman ku.....
mungkin ianya hanya untuk yang hak yang bergelar ISTERI dan kekasih....
mungkin dirimu atau mungkin jua insan yang dijanjikan oleh-Nya untuk diriku...
(Wallahualam)

Terbaru..Novel "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL"


Pengisian seorang penulis yang bercerita tentang bagaimana perjalanan seorang gadis yang masih belajar yang mempunyai nilai didkan agama yang tinggi, namun tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dirinya melakukan dosa hanya dengan godaan lelaki2 yang mengatakan menyintainya kerana Allah..namun hatinya kuat mengatakan CINTANYA HANYA PADA ALLAH..itulah prinsip hidupnya selagi mata pena menjadi temannya di gedung ilmu..

Qai’niah diuji dgn pelbagai ujian dan dalam masa yang sama dia juga menerima banyak risikan dari orang tuanya, mujurlah kedua2nya memahami prinsip hidupnya..alhamdulilah, tiba2 ana teringat ibu di kampong..huhu..gadis yang dikatakan menjadi pujaan ramai lelaki kerana elok agamanya, di uji sekali lagi apabila beliau diminta “taaruf” dengan seorang lelaki yang dikatakan oleh pensyarahnya bahawa seorang lelaki yang baik dari segi agama mahupun perilakunya..namun ilmu yang masih dituntut masih belum diselesaikan…”ana sudah ada pilihan” begitu lah helah yang digunakan oleh gadis ini untuk tidak menyakiti hati lelaki berkenaan..

Namun, kehadiran seorang lelaki dalam hidup orang tuanya yang datang bersama pengantara, membuka hatinya untuk mengenali sekiranya memang jodohnya..lelaki itu hadir tepat pada masanya, iaitu selepas dia baru menghabiskan examnya yang akhir, berkemas untuk pulang kekampung, waktu itulah pinangan untuk dirinya sudah menanti oleh lelaki yang dia sendiri tidak kenali, hati berdebar..

Dalam masa bertunang dia melanjutkan pelajaran, bakal suaminya pula meneruskan kerjaya sebagai doctor perubatan di Hospital Kerjaan…apa yang ana lihat didalam kisah hidup gadis ini ialah kesabaran dia menahan cinta manusia, namun hanya nenambakan CINTA ALLAH sepanjang doanya..teringat ana sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu ada seorang guru ana berpesan..

“syiqqin jika suatu hari kamu ingin dicintai, maka kamu cintailah dahulu PenciptaMu”. Begitulah pesan guru ana yang sampai detik masih bertanyakan khabar ana…dan apabila ana melihat pesanan dari penulis ini sendiri..

“Jika kau belum berkahwin, kejarlah ALLAH SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah kamu tak akan bahagia..percayalah..”

Antara kata2 penulis yang masih dalam ingatan..”kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia, Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?. Bukankah itu pintu zina semata-mata?. Nauzubillah”. Penulis membuatkan ana berazam untuk menjaga CINTA ALLAH ini dengan kemas sehingga ia dibuka oleh insan yang juga menjaga CINTA ALLAH dan menganggap pernikahan sebagai satu ibadah,,

Perjalan cerita ini dihiasi dengan kehidupan berumahtangga yang bahagia apabila tidak saling mangenali terlebih dahulu, hari2 mereka penuh dengan kerinduaan dan mengamalkan ilmu Allah semata-mata. Sikap prihatin dan tanggungjawab suaminya yang didambakan oleh semua perempuan telah dia milikki..ana sangat terkesan dengan jalan ceritanya yang penuh dengan hidup yang dijalani dengan sunah2 Rasullah secara bersama..

“Ya Allah kuatkanlah iman hambamu ini. Peliharalah diri hambamu ini dari sebarang dosa2 hati yang boleh memalingkan cintaku padaMu, Kau temukanlah diriku ini kepada hambamu yang juga memelihara cintanya hanya padaMu..temukanlah Ya Allah..”, itulah antara rintihan ana selepas membaca buku ini…

berikut diatas sedikit sinopsis buku ini namun padaku di atas ini adalah pro untuk buku ini kerana itulah yang sepatutnya kita sebagai hamba - Nya lebih mengingati-Nya dari mengingati Insan lain tambahan pula insan yang kita rindui itu tidak halal bagi kita, namun sebagai insan biasa aku juga tidak lepas dari melakukan kesilapan ini, aku sering membendung namun tewas dengan perasaan sendiri.

"tiada yang mustahil jika kita ingin dan mahu untuk berubah"

wallahualam