23 Julai 2009

Hari Itu Yang Berlalu, Hari Ini Dan Hari Esok..

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu dini'mati dengan sabar.

Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.

Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan.

Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...

kepada Tuhan segalanya sudahku serahkan...

JOM SERTAI HIMPUNAN BANTAH ISA..


Ketua Unit Amal Kawasan Jempol tidak lupa berposing bersama iklan Himpunan..

Antara ribuan Iklan yang akan diserahkan di setiap kawasan dan cawangan..

YALLAH...SELAMAT BERHIMPUN BUAT SEMUA PEMUDA-PEMUDI DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA...KITA BERHIMPUN ATAS RASA KEPRIHATINAN KITA TERHADAP SAUDARA SEISLAM KITA YANG DIPENJARAKAN TANPA PEMBICARAAN... AYUH SEMUA KITA BERPADU TENAGA DALAM HIMPUNAN INI...TAKBIR...TAKBIR...!!!!!

20 Julai 2009

WARKAH BUAT CALON ZAUJAHKU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.


Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon isteriku,

moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujahku,
"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka sebaik-baik pilihan adalah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tangannya..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatku memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang ku idamkan, sungguh ku mengetahui bahawa hancurnya umat terdahulu oleh kerana harta dan hawa nafsu. sekali-kali tidak kuperlukan harta darimu dihari persembahan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa aku akan menikmati sedikit kesenangan daripadamu apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca firman Allah…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang ku dambakan, sungguh ku mengetahui jua bahawa itu adalah tanggungjawab kita dan amanah dari Allah Azzawajalla . Namun apa yang pasti kita adalah dari keturunan yang mulia, ayahanda Nabi Adam a.s. dan bonda Hawa a.s., sesungguhnya Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu Zaujahku..

" maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa aku juga tidak terlepas seperti insan yang lain. ku berpesan pada diriku bahawa, jika kecantikan itu yang ku inginkan daripada dirimu, ku telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kau pertontonkan kepadaku. sesungguhnya setiap wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menghijabkan kecantikan dirinya dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang dicintai. aku hanya membuang masa jika aku menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata..

aku tidak menjanjikan yang aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi pendampingmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. walaupun aku merasakan diri ini masih kekurangan ilmu agama, tetapi dengan sedikit bekalan yang ada dida, akan ku gunakan dengan sebaik-baiknya. Aku ingin menjadi seorang suami yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan isteri untuk memudahkan aku membentuk sebuah "Usrati Jannati" antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita agar kita dapat saling bantu-membantu , seperti mana yang dijanjikan Rasul,s.a.w.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh...

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam...


“ Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu ”
Pertemuan…menghadiahkan kita kasih sayang…

jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…
kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita…
jasad dan suara berjauhan senantiasa
namun cinta abadi…
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu…
berpisah tidak gelisah..

BERTEMU DAN BERPISAHLAH KERANA ALLAH..!!

Perhubungan sesama manusia mempunyai pelbagai nama dan gelaran. Adik-beradik, ibubapa dan anak, persahabatan dan di antara suami dan isteri. Namun sejauh manakah perhubungan itu mampu bertahan lama mengharungi arus cabaran yang tidak dapat diduga?

Di antara insan yang kita kenali sejak kecil, berapa ramaikah yang masih berhubungan dengan kita? Berapa ramai yang kita kenali dahulu telah pun berpisah...ada di antaranya yang tidak akan kembali lagi, telah pun menyahut seruan Illahi.


Matlamat kita di dunia ini bukanlah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bentuk kemewahan untuk kepentingan diri sendiri. Bukan juga untuk mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya pilihan kita. Bukan juga untuk mengembara ke serata tempat di dunia untuk melihat-lihat pelbagai keunikan dan kecanggihan tamadun manusia.


Matlamat yang sebenar...ialah untuk mengisi masa yang terhad di dunia ini untuk mencari keredhaan Illahi. Syurga dijanjikan untuk orang yang beriman dan neraka buat golongan yang mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah kerana Allah Taala sepertimana yang kita seringkali lafazkan di dalam doa iftitah tiap kali solat.


Perhubungan yang didasari dengan tujuan untuk mencari keredhaan Illahi adalah bentuk perhubungan yang paling bermakna. Bayangkan kita mempunyai seseorang yang mampu memperingatkan kita terhadap Allah SWT tiap kali kita alpa. Seseorang yang mampu membawa kita untuk mencapai matlamat kehidupan yang sebenarnya. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, kita tidak akan dilanda gelora kesedihan sepertimana bentuk perhubungan yang lain. Andainya perhubungan kita itu benar-benar kerana Allah SWT, kita pasti akan bertemu semula, samada di dunia atau di akhirat kelak. Yang pasti, perpisahan itu hanyalah sementara.


Alangkah indah andainya kita mempunyai seseorang seperti itu. Seorang sahabat, adik mahu pun abang, atau ibu bapa yang akan membawa kita ke arah keredhaan Illahi. Setiap kali kita lalai, kita akan diperingatkan dan dinasihati. Setiap kali kita bertemu dengan dia, terpancar nur iman dan insya-Allah, iman kita akan meningkat. Iman tidak akan sentiasa tinggi dan kita tidak akan sentiasa dekat dengan Illahi. Hanya peringatan dari seorang yang dekat mampu membawa kita ke arah jalan yang sebenar. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, perpisahan itu hanyalah sementara. Bertemu dan berpisah kerana Allah....


Namun di sebalik keinginan untuk memperolehi bentuk perhubungan sedemikian,(yang pasti akan diberkati Allah SWT)......renungkanlah persoalan ini....Berapa ramai yang kita kenali setakat ini dan berapa ramai di antaranya yang kita telah peringatkan akan matlamat mencari keredhaan Illahi? Mampukah kita menjadi seorang sahabat mahu pun adik atau abang, yang seringkali menasihati dan memperingatkan orang di sekelilingnya tentang Allah SWT?


Bertemu dan berpisahlah kerana Allah Subhanahu Wa Taala...

TERBARU..NOVEL RONA-RONA CINTA DAMASCUS

Penulis : Sheila Wani
Kod Katalog : TBBK 1114
Kod ISBN : 978-967-5102-42-4
Harga : Semenanjung M'sia - RM23.00: Sabah / S'wak: RM25.00



Novel Rona-Rona Cinta Damascus

mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan.
Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya.
Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian.
Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah..? Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

19 Julai 2009

Terima Kasih atas komen kalian...

Assalamualaikum..
dan selamat melayari blog persinggahanterakhir...buat teman-teman seperjuangan Jazakallah Khairan Khatira atas komen, kritikan dan peringatan yang kalian berikan pada saya...tak kira lah di email yahoo..email friendster..dan coment pada setiap artikel saya...

Buat pengetahuan Habiburrahman..
memang saya suka mengeluarkan artikel berbentuk kenangan, persahabatan, kepentingan Ukhwahfillah dan perihal cinta..bagi saya kita sebagai manusia tidak boleh lari dari semua diatas.memang kalau diikutkan, pengalaman seseorang dalam menempuh kehidupan sehariannya tidak dapat tidak, pasti akan bertemu sahabat. dan akan terjalin sebuah ukhwah seterusnya akan berlakunya silaturrahim...disitulah akan berlakunya suka duka dalam perjalanan persahabatn mereka..

buat alfi
terima kasih bebanyak atas sokongan pada saya..InsyaAllah, kalau ada bahan-bahan yang ingin dikongsi bersama..Ahlan wasahlan..saya memang mengalu-alukan..
terima kasih juga atas perkenalan dan approv my name kat face book.

kepada fendi,
saya bukan orang yang suka mengeluarkan ayat-ayat jiwa..bukan seorang yang kreatif dalam menitipkan ayat-ayat cinta..tapi kalau sekadar nak bagi kaunsling kat fendi InsyaAllah...bila-bila masa je..hhehehehhe
terima kasih teman-teman yang mengenali diri ini atau yang belum mengenali. semoga blog ini memberi sedikit sebanyak pengajaran dan memberi seribu satu makna dalam persahabatn kita...saya akan tunggu komen-komen anda semua..jumpa lagi diertikel akan datang...

Wassalamualaikum..

Kitalah pewaris perjuangan Nabi


Salam perjuangan dihulurkan buat generasi pewaris perjuangan..

SejenakKita renungkan kembali

Saat waktu kita dilanggar hidayah

Semangat kita membara dan berkobar untuk menebar berkongsi cahaya..

Waktu itu semuanya indah dan manis belaka..

Ukhuwah, tahajjud, usrah dan al-Quran

Menjadi teman setia yang sentiasa dirindu..

Saat itu jua kita sanggup berkorban apa sahaja demi dakwah ini..

DAN KINI,

Tanpa kita sedari, sudah bertahun rupanya kita di sekolah tarbiyah..

Sebuah sekolah yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan..

Dari menjadi seorang mad’u yang dibelai dan dimanja,

Kini menjadi da’ie yang terpikul berat amanah

Dari menjadi anak usrah, menjadi seorang naqib..

Dari yang dipimpin kepada yang memimpin..

Walau kita merasai beratnya bebanan amanah ini..

Kita terus juga melangkah memikulnya bersama..

Demi memburu redha dan JannahNya..

Tetapi sahabatku, ingatlah..

Bahaya bagi seorang pemimpin ini

Bilamana ada riya’ dan ghurur melekat di hati..

Bila kita mula merasakan kita lebih baik dari yang lainnya..

Nescaya hati kita akan semakin ego dan keras..

Peliharalah hati-hati kita

Agar sentiasa ikhlas keranaNya..

Sahabat pewaris pimpinan akan datang,

Setiap gerak geri kita diperhatikan

Akhlak kita menjadi nilaian manusia

Maka, jadilah qudwah yang terbaik buat semua

Agar kita tidak tergolong dalam golongan

Mereka yang dilaknat oleh Allah..

Yang tidak mengotakan apa yang dikata..

Sahabat seperjuanganku...

Siramilah hati-hati kita dengan taqarrub kepada Allah

Agar hati ini sentiasa hidup segar dalam kemanisan iman

Kerana hanya hati yang hidup

Mampu menghidupkan hati yang mati

Kerana hati yang segar terjaga

Mampu mengejutkan hati yang nyenyak terlena

Sahabatku..,

Peringatan ini sangat dekat di hatiku

Kerna aku sering memerlukannya di kala aku lemah tak bermaya

Ku harap agar kita semua terus cekal dan yakin akan perjuangan ini

Sehingga ke akhirnya..

Berjalanlah, mengalirlah dan teruslah bergerak

Agar dunia ini terang bercahaya dengan nur islam

Kerana kitalah syabab harapan ummah

Kerana kitalah generasi penyambung perjuangan Rasul ini…