13 Oktober 2009

JANGAN PATAH SEMANGAT...TERUSKAN PERJUANGAN..!!!


Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang sudah pun berakhir beberapa hari lalu. BN akhirnya menang, menewaskan calon PAS dengan majoriti yang agak besar. Sesuatu yang sudah dijangka sejak dari awal lagi. Pertarungan sudah berakhir di sana, namun perjuangan harus diteruskan.

Kekalahan dan kemenangan harus disulami dengan rasa keinsafan yang mendalam. Kudrat dan tenaga yang diberikan akhirnya gagal membuahkan hasil yang diharapkan.

Apapun, harus diingat bahawa Bagan Pinang adalah kawasan keramat bagi puak-puak UMNO BN. Ini kerana disitulah jumlah undi pos tertinggi dalam lapan pilihanraya sebelum ini.

Buat teman-teman seperjuangan..janganlah bersedih atas kekalahan ini..kalah bukan bererti kita tewas, sebenarnya dari segi moral kita telah berjaya..kita bekerja keras untuk kemenangan Islam..saya juga tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas-tugas ini.

2 minggu berada disana memberikan seribu satu kenangan dan pengajaran buat saya.dilantik menjadi ketua unit IT bagi peti undi Si Rusa yang dibawahnya terdapat 13 kem tentera yang melibatkan hampir 4 ribu tentera.amanah yang diberikan kepada saya amat berat ketika itu..tetapi saya terima dengan hati terbuka, dangan diinringi doa dan munajat pada yang maha esa, saya cuba lakukan yang terbaik.

provokasi-provokasi yang dilakukan oleh puak-puak Umno dengan menghantar pemuda gerak gempurnya.. melihatkan kedengkelan pemikiran mereka dalam hidup dinegara demokrasi ini.mereka menyerang setiap unit peti undi (UPU) pemuda, markaz dan kenderaan yang terdapat logo-logo parti pembangkang.mereka membelasah menggunakan helmet, batang besi, batu, tukul besi dan sebagainya.mereka mengganas merosakkan bendera, khemah benner dan banting parti lawan..terfikir juga saya kenapa boleh jadi begini..?dimanakah pihak berkuasa ketika itu...? mereka bermaharajalela membuat sesuka hati terhadap parti lawan..sungguh jahanam dan biadab tindakan mereka ini..

Alangkah dahsyatnya PRK kali ini.. kerana duit yang ditaburkan kepada anak-anak muda..mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri dan parti.. maha suci Allah yang yang telah menyaksikan keganasan mereka tika itu..Subhanallah...!!!
hanya kesabaran yang menjadi benteng buat petugas-petugas pas dalam mengharungi dugaan dan cabaran kali ini..

"Sabarlah dengan tindakan mereka, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

kata Ustaz Nasarudin Tantawi ketua pemuda Pas Pusat ketika mengulas kejadian seorang pemuda Pas dipukul beramai-ramai oleh pemuda Umno dalam kejadian di Taman Dato' Abdul Samad.
teringatkan kata nasihat dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam melakukan gerak kerja Islam ini..hati menjadi lunak dan merasa betapa manisnya bekerja untuk islam.walaupun tanpa habuan wang ringgit yang dijanjikan sebagaimana puak-puak umno.

Buat teman-teman...teruskan perjuangan.jangan kerana
kekalahan ini, semangat kalian kian luntur dalam menegakkan agama Allah s.w.t."lawan tetap lawan" kita lawan sehingga tumbangnya kerajaan rasuah dan kita dirikan sebuah negara yang bermaruah berpegang dengan Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.

Siru Ala Barakatillah...
Salam perjuangan dari persinggahan...

Wallah hu taala A'lam.....

Tiada ulasan: