14 September 2009

aku tetap merindui mu


Allah Maha Mengetahui tentang manusia ciptaanNya. Punya akal, ruh, hati, nafsu dan jasad. 4 daripada 5 komponen ini adalah unsur-unsur kerohanian dan hanya 1/5 unsur jisim. Sudah pasti 4 perkara ini mempengaruhi kestabilan dan kualiti diri manusia.

Akal fikiran di besarkan dengan ilmu dan berfikir. Semakin bertambah ilmu maklumat semakin seimbang keperibadian diri manusia. Ruh pula merupakan rahsia Allah yang hanya Dia mengetahui rahsianya. Ia akan sihat dan tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah dan mematuhi segala perintah Allah. Sebaliknya ia akan sakit apabila terputus hubungan dengan Allah atau mendurhakainya.

Bulan Ramadhan adalah bulan memperbaiki kelemahan diri dengan meningkatkan ilmu melalui mengkaji al-Quran, melawan nafsu dengan berpuasa dan mempertingkatkan darjat kerohanian dengan melakukan pelbagai ibadah kepada Allah.. puasa, zikir, doa, solat sunat tarawikh, solat qiam dan zakat fitrah. Ramadhan tamat dengan solat Aidul Fitri, memuji dan takbir membesarkan Allah, kunjung mengunjung mengucapkan tahniah sesama muslimin dan menyatakan azam meneruskan amalan Ramadhan dihari-hari berikutnya.

Ramadhan adalah madrasah takwa, bulan ukhuwwah, bulan mujahadah, bulan beribadah, bulan bermuhasabah, bulan tazkiyyah dan tarbiyyah rohaniyyah. Bulan membersihkan jiwa dan bulan menambahkan bekalan takwa. Bulan hidangan Rabbani untuk hamba-hamba yang memiliki kesedaran.

Syukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita kali ini semoga bertemu kembali ditahun hadapan. Terima kasih Ya Rabb kerana masih memilihku dikalangan hamba-hambamu untuk mengecapi Ramadhan kali ini.

Selamat tinggal Ramadhan..
Selamat tinggal bulan Barakah..
Selamat tinggal bulan Maghfirah..
aku akan pasti merindui selamanya...

Tiada ulasan: