29 Ogos 2009

tinta balasku buat teman-teman....

Assalamualaikum...,

salam sejahtera buat teman-teman yang sudi dan sentiasa menziarahi blog Persinggahanterakhir, ku doakan semoga kalian sentiasa ceria, gembira dan berada dalam keadaan sehat walafiat hendaknya...Alhamdulillah, sememangnya waktu inilah yang ku tunggu-tunggu untuk mencoretkan sedikit sebanyak perihal kehidupanku tika ini...mudah-mudahan disebalik kelapangan yang terluang ini akan kugunakan sebaik-baiknya InsyaAllah..

Hari ini sabtu, 29 ogos bersamaan 8 Ramadhan 1430H, aku cuba gunakan masa ini untuk mengupdate blog yang kurasakan lama menyepi tanpa bicara yang empunya diri..hanya bahan nukilan atau coretan yang sempat diletakkan untuk tatapan sahabat-sahabat yang setia melayari blog persinggahanterakhir ini..kadang-kadang ku terfikir juga bilamana bicara teman-teman yang menyuruhku titipkan diblog ini tentang pengalaman atau memori yang lalu...tetapi wahai teman-temanku sekelian, dengarlah bicaraku ini...segala pengalaman dan rentetan hidupku yang kutempuhi,tidak selalunya indah...

kucuba menggungkapkan rasa hatiku yang satu ini melalui artikel-artikelku yang lalu...itulah sebenarnya diriku wahai temanku.bukan sengaja atau secara suka-suka ku coretkan itu semua. tetapi apa yang berlaku dalam hidupku tika itu akan ku persembahkan terus ke papan blog persinggahanterakhir ini..ku cuba untuk tidak memngigati lagi apa yang berlaku dalam hidupku hingga membuatku kecewa, hampa, patah hati, tiada semangat, hilang sabar, sedih, terkilan dan sebagainya..cukuplah wahai temanku sekelian, ku coretkan kata hatiku melalui artikal yang lepas itu.

Mungkin ada yang bertanya mengapa kebanyakan artikelku selalu kutujukan kepada kaum wanita..? ye, memang tidak kunafikan kebanyakan artikelku kutujukan kepada kaum wanita...kerana ku pernah terbaca hadis nabi s.a.w. : Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya. [HR. Muslim]..

bukan ku sengaja menghina kaum wanita, tetapi ini hadis dari Rasul junjungan kita s.a.w... kebanyakan artikelku tentang wanita juga berunsur nasihat..nasihat dari seorang muslim kepada seorang muslim yang lain..mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang merasakan semua kata-kataku itu untuk menjatuhkan maruah wanita..walaupun itu bukan niatku yang utama..

buat teman-teman seperjuangan yang memberi komen, nasihat, pujian dan galakkan di E-MAIL FRENSTERS, FACE BOOK, IMEEM dan khususnya di Blog ni..ku ucapkan Jazakallah Khairan Khathira...ku alu-alukan sebarang komen, nasihat atau kritikan yang membina dari kalian semua..

kepada teman seangkatanku, Ci'gu Dhira, Alim, ust Ji, Nuyun Huda, Qin IPIS, Hizbu, Fahmi dan semua pengunjung blog persinggahanterakhir,terima kasih bebanyak kerana menjadi pengunjung setia di blog ini... Akhirnya SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN TERAWIKH.. rebutlah peluang dibulan yang mulia ini..sesungguhnya pahala dibulan ini berlipat kali ganda dari amalan dibulan-bulan biasa...SIIRU ALA BARAKATILLAH...
wassalamualaikum...

Tiada ulasan: