31 Ogos 2009

SEDIH..PEDIH..KELIRU..MAHA SUCIMU YA ALLAH..!!

Bismillah..
Kadang-kadang ada perkara buat kita sedih sangat.Kadang-kadang suatu ujian itu kita rasa tak dapat tanggung.Rasa macam seluruh alam menghempap dada kita.Pendek nafas kita.Bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.Nak menjerit tapi tak kedengaran.Nak lari tapi ke mana?Rasa nak bersembunyi pada tempat yang terjauh dan paling sunyi di atas muka bumi.

Rasa bagai nak pecah kepala kita.Badan mula sakit-sakit dek memikirkan masalah kita.Kesakitan itu rasa macam menghiris-hiris dan merobek hati.Perit sangat.Air mata hanya Allah tahu betapa banyak ia jatuh bercucuran.

Bila keadaan sebegini menimpa jangan kita pernah lupa.Allah tahu, sedar, paham, merasai SETIAP apa yang kita rasa.Allah sentiasa dengar jeritan hati itu.Allah sentiasa sediakan tempat persembunyian paling terbaik untuk kita.Iaitu dalam solat dan munajat kita.Allah telah kira pun setitik demi setitik air mata itu.

Janganlah kita anggap Allah lupakan kita.Membiarkan kita bersendiri menanggung luka yang dalam ini.Tapi Dia sentiasa ada. Sangat dekat.Menunggu-nunggu kita.Berdoa, merayu, menangis dan berharap padaNya.Dan hanya padaNya.

Kita boleh sedih.Kita boleh 'down'.Tapi jangan biarkan terlau lama dan emosi memakan diri.Kita tak punya masa.Kita perlu maju dalam apa sahaja yang kita buat.Manusia perlu dikembalikan pada Allah.Ummah sedang meronta-ronta dahagakan Islam dan petunjuk.Takkan kita mahu selamanya 'down' dan membiarkan semua itu tertangguh?Kerja kita harus berjalan walau macam mana pun keadaan kita.Dakwah kita harus mara agar kita sendiri tak ditinggalkan keretapi itu.

Ya Qayyum, kuatkanlah & tetapkan hati lemah ini.Pajakkan kaki lemah ini di atas jalanMu.Redha dan rahmatMu hanya diburu....




Tiada ulasan: