20 Julai 2009

WARKAH BUAT CALON ZAUJAHKU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.


Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon isteriku,

moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujahku,
"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka sebaik-baik pilihan adalah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tangannya..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatku memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang ku idamkan, sungguh ku mengetahui bahawa hancurnya umat terdahulu oleh kerana harta dan hawa nafsu. sekali-kali tidak kuperlukan harta darimu dihari persembahan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa aku akan menikmati sedikit kesenangan daripadamu apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca firman Allah…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang ku dambakan, sungguh ku mengetahui jua bahawa itu adalah tanggungjawab kita dan amanah dari Allah Azzawajalla . Namun apa yang pasti kita adalah dari keturunan yang mulia, ayahanda Nabi Adam a.s. dan bonda Hawa a.s., sesungguhnya Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu Zaujahku..

" maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa aku juga tidak terlepas seperti insan yang lain. ku berpesan pada diriku bahawa, jika kecantikan itu yang ku inginkan daripada dirimu, ku telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kau pertontonkan kepadaku. sesungguhnya setiap wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menghijabkan kecantikan dirinya dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang dicintai. aku hanya membuang masa jika aku menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata..

aku tidak menjanjikan yang aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi pendampingmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. walaupun aku merasakan diri ini masih kekurangan ilmu agama, tetapi dengan sedikit bekalan yang ada dida, akan ku gunakan dengan sebaik-baiknya. Aku ingin menjadi seorang suami yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan isteri untuk memudahkan aku membentuk sebuah "Usrati Jannati" antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita agar kita dapat saling bantu-membantu , seperti mana yang dijanjikan Rasul,s.a.w.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh...

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam...


“ Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu ”
Pertemuan…menghadiahkan kita kasih sayang…

jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…
kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita…
jasad dan suara berjauhan senantiasa
namun cinta abadi…
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu…
berpisah tidak gelisah..

Tiada ulasan: