13 Julai 2009

buat teman-temanku..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur sangat kehadrat ilahi atas rahmat dan inayah yang diberikan pada diri ini..
lama betul tak update blog ni.tapi hari ni Alhamdulillah dapat jugak online dan buka blog ni.dan InsyaAllah selepas ini saya akan sentiasa memperbaharui bahan-bahan dalam blog dan selalu update blog ini.

nak katakan sibuk ngan kejer-kejer harian sampai tak ada masa nak update blog ni, ye jugak kot.sebab kat rumah tak ada broster, Brodband internet dan sewaktu dengannya..nak update Blog, Frenster, Face Book, Imem, chek e-mail, dan chat kene pi kat opis la...erm, tupun kadang-kadang je dapat online..kejer atas meja sentiasa menunggu tiap-tiap pagi..hehehe...

Hari ni ada masa free sikit..tu boleh update dan tengok blog ni.kalau tak erm, nak on sebulan sekali pun susah.kejer banyak..nak kene settlekan banyak kertas keje dan borang langganan HPA dari banyak pihak.tu tak termasuk lagi nak kene handle program Unit Amal kawasan dan kertas keje yang nak dihantar ke pusat..adus',.. pening kepala..!!

tapi walau camanapun kejer tetap kejer dan kerja jamaah tak akan sekali-kali saya tangguhkan..
perjuangan tetap akan diteruskan walau apa pun halangan dan cabaran yang mendatang..buat kawan-kawan doakan saya dapat pegang amanah sebagai ketua Unit Amal kawasan pada sesi ini..firs time,..banyak yang tak tahu. dan doakan saya dapat membahagikan masa antara kerja syarikat, kerja jamaah, kerja parti, membantu keluarga dan seterusnya membantu orang disekeliling saya..

Akhirnya saya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada sahabat seperjuangan dari Ukhwah.com Nurul Huda.atas bantuan dan kerjasama ke atas blog ni.apa pun Jazakallahu Khairan Jaza'..semoga segala bantuan yang diberi akan diberkati oleh Allah..buat Nuyun.. nanti ada pape bahan atau info yang boleh dikongsi bersama..hmhm..bagi la sikit ye..hehehe..

tak lupa juga buat teman-teman yang sudi melayari blog ni..selalu-selalu la layari bersama ye.dan berikan komen, kritikan membina, kata-kata nasihat, atau ape-ape je yang kita boleh kongsi bersama...saya doakan semoga UkhwahFillah yang dibina disini akan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. AMIN....!!!!

Tiada ulasan: