15 Julai 2009

1 OGOS 2009 HIMPUNAN MANSUHKAN ISA...



1 Ogos 2009 ini akan diadakan perhimpunan 100,000 rakyat Malaysia di ibu kota Kuala Lumpur.

Perhimpunan ini adalah sebuah demonstrasi aman, dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan sokongan beberapa kumpulan NGO dan parti politik, sempena ulangtahun ke-49 pemasyhuran akta paling kontroversi tersebut.

Namun harus diingat, perhimpunan ini bukanlah pula satu perayaan, ia adalah tentangan!Ironinya, di bulan Ogos juga, saban tahun kita merayakan sambutan bulan kemerdekaan lambang bebasnya rakyat kita. Sedangkan 49 tahun yang lalu, di bulan yang sama, ISA digubal dan diluluskan sebagai sebuah akta yang sampai hari ini dilihat sebagai pembunuh sebahagian kebebasan rakyat yang kononnya merdeka.

Penentangan terhadap ISA bukanlah hakmilik parti pembangkang, kerana siapa sahaja di antara kita yang percaya tentang kebebasan sebagai warga negara merdeka akan memberi penghormatan tinggi kepada kebebasan hak asasi, yang seharusnya tidak boleh dibayangi oleh gari dan jeriji besi....

Ayuh wahai pemuda, pemudi rakyat Malaysia..mari kita sama-sama berganding bahu dalam memperjuangkan hak kita sebagai rakyat yang duduk dibawah pemerintahan yang zalim ini...

Jom kita sama-sama turun dan pastikan pakaian anda ke perhimpunan itu berwarna merah hitam...tanda hilangnya demokrasi di Malaysia...

Tiada ulasan: