05 Mei 2009

PESANAN IBNU QAYYUM


1. Dalam hati manusia ada kekusutan, dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Tuhan.
2. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Tuhan.
3. Dalam hati manusia ada kesediahn dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Tuhan.
4. Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Tuhan.
5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Tuhan, qada' dan qadarnya serta sabar sehingga menemuiNya.
6. dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan dan bermohon padanya.
7. berterusan dalam berzikir kepada Tuhan adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.salam ukhuwah untuk semua sahabat..doakan aq tenang dalam menghafal dan dalam belajar...

Tiada ulasan: