11 Mei 2009

bila mata bertemu mata....


bila mata bertemu mata,akan lahir rasa cinta :-

Dalam konteks ukhuwah: mata bertemu mata adalah kiasan atau majaz kepada pertemuan. Apabila dua saudara bertemu dan saling menjalin ukhwah. Maka akan hadirlah rasa cinta kepada nya.

Dalam konteks bait muslim: Nabi menggalakkan kepada lelaki yang ingin bernikah untuk melihat pasangannya terlebih dahulu untuk memupukkan rasa cinta yang lebih mendalam selepas pernikahan nanti.

Bila hati bertemu hati..akan lahir rasa sayang...

dalam konteks ukhuwah: Bila sudah menjalin persahabatan dan ukhuwah, maka akan tertanam rasa sayang menyayangi sesama suadara. Seperti mafhum sebuah hadith: seseorang itu tidak dikatakan telah beriman sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimaan dia menyayangi dirinya sendiri.

Dalam konteks bait muslim: Apabila sudah di atur pertemuan dua mata, akan Allah campakkan rasa sayang dalam hati pasangan itu setelah bergelar suami isteri . Seperti firman Allah di dalam Aq: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (ar-Rum:21)

Bila dahi bertemu sejadah..akan tersa kebesaran Allah:Di atas tadi telah menceritakan tentang kasih sayang dan cinta sesama manusia yang kelihatannay begitu indah sekali. Tetapi diakhir kata-kata ini diceritakan jika kita sujud beribadah kepadaNya dengan penuh khusyuk, akan lahir rasa yang lebih indah dari rasa sayang dan cinta sesama manusia tadi iaitu rasa keagungan dan kebesaran Allah. Perasaan in begitu indah dan hebat malah tidak mampu ditandingi dengan perasaan lain biarpun keindahan rasa rasa cinta dan sayang pada manusia.

Khulasahnya, kata-kata diatas adalah berbetuk majaz atau kiasan yang mengatakan cinta dan sayang sesama manusia itu begitu indah, bermula dari mata akhirnya turun ke dalam hati. Iaitu dari pada pertemuan akan tertanamnya kasih sayang. Sememangnya kasih sayang itu digalakkan di dalam Islam.

( إنما يرحم الله من عباده الرحماء)) ، (( من لا يرحم لا يرحم )) ، ((ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء )).

"Sesungguhnya Allah akan mengasihi hamba-hamba-Nya yang mengasihi", "Barang siapa tidak mengasihi, niscaya tidak akan dikasihi", "Kasihilah orang yang ada di bumi niscaya akan mengasihimu, semua yang ada di langit".(ini hadith, tetapi tak pasti takhrij nya, kalau tahu harap dapat tulsikan takhrijnya di sini,syukran)

Tetapi diingatkan juga agar manusai tidak lupa untuk sujud dan mengabdikan diri kepadaNya, kerana disitu ada satu rasa yang lebih indah mengatasi segala rasa indah yang ada di dunia ini. iaitu rasa kebesaran dan kecintaan kepada Allah.Surah Al Hajj:77

Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah serta sujudlah [mengerjakan solat], dan beribadatlah kepada Tuhan kamu [dengan mentauhidkanNya], serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya [di dunia dan di akhirat].

tegur bilhikmah jika ada kesilapan.innal insanu la yakhlu 3annil khotoi wan nisyan.wallahua'lam.(jwpn y sama diberikan di profile Shoffa Kurnia)

Tiada ulasan: