31 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ABANG & KAK MAS...

Assalamualaikum..
tanggal 27hb 12 2009 baru-baru ni, abangku Mohd Fuad selamat diijab kabulkan..bersama pasangannya Siti Normasita (kak Mas). bermula dirumah pengantin perempuan pada 26hb 12 2009 .disusuli pula 27hb di rumah pengantin lelaki..doa dariku semoga Allah merahmati kehidupan yang baru kalian berdua dirikan..

“Alhamdulillah, Tahniah dan mabruk... "Baarakallahu lakuma wabaraka 'alaiykuma wa jama'a baiynakuma fii khoir."

"Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan." (Do'a berdasarkan hadith sahih riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi)

"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya memberkati mereka berdua kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat" (Doa Nabi Muhammad SAW pada hari pernihakan Puterinya Fatimah Az-Zahra denganAli bin Abi talib)”

"Ya Allah...Bekalkan mereka dengan kasih-sayang sejati, perasaan belas kasihan yang hakiki, tekad usaha yang tidak mengenal penat, tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah, Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi, Ketaatan pada orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka dan yang terpenting, keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar Semoga akan terus melengkapkan iman mereka melalui perkahwinan mereka."
"Kurniakan kepada mereka sifat saling kukuh-mengukuh Seperti berlakunya antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Kerana sesungguhnya mereka akan melalui perjalanan yang tidak lekang dari diuji."
"Kurniakan kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya. Sebagaimana kesetiaan Zainab binti Muhammad s.a.w. Pengabdian kepada Allah S.W.T. Sebagaimana pengabdiaan Rabiah Al-Adawiyyah. Dan iltizam untuk menjadi isteri serta ibu yang solehah. Sebagaimana yang ada pada Sumayyah binti Khubbath."
"Kurniakan jua pada si suami. Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga. Dan semoga sabar dengan apa pun yang menduganya. Sebagaimana Nabi Allah Ayyub bersabar dengan ujian. terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya."
BUAT ABANG..,
*semoga menjadi suami yang baik kepada isteri, anak-anak dan keluarga..
*tunjukkanlah akhlak yang baik dan sempurna dalam menjalani amanah ini..
*sabar dengan dugaan dan cabaran dalam menempuh hidup berumahtangga..
dan akhir sekali...
*Doakan adik yang sorang ni cepat dapat jodoh ye..hehehe...
Kerumah Pengantin lelaki...

Kerumah Pengantin perempuan...

Hantaran dari pihak lelaki..

Antara hantaran pihak lelaki...Barangan HPA...
siapa support ni..??
hm..hm..hehehe..

30 Disember 2009

Bila Berkata Tentang Cinta...

Bila berkata tentang cinta, mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah sakit jadi sihat,mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah belukar jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibbah..

Tapi, itu cinta manusia… Bukan cinta hakiki.. bila sayang kata cantik, bila benci dimaki maki.. Alangkah untung dipeluk erat cinta abadi… Udara pagi menghentakkan diri... Saat jiwa terasing dari dunia nyata...Tersedar lamunan dimanakah jiwa ini... Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana... Sudah tiba merasakan udara hangat di hati...

Saat cintaNYA merasuki jiwa... Bergegasnya wudhuk untuk sucikan hati dan jasad... Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang Pemberi cinta... Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air mata suci...Diiringi bisikan rindu bergemuruh... Dialiri hati menangis betapa hebat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta...

Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keredhaan... Jiwa keikhlasan...Dalam kehidupan kelak... BersamaNYA.. Amin ya robbal alamin..

Kisah SUMAYYAH..

Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yg kuat dan keberanian yg tersimpan di relung hatinya yg dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yg terkenal bengis dan kejam.

Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tgh padang pasir yg sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tdk terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain drpd rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dr agama Islam.

Sumayyah tdk merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yg mahal kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda melewati tempat mereka diseksa yang bermaksud; “Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”(Subhanallah…)

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yang menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Abu Jahal yg sombong dan bengis merasa terhina kerana dicabar oleh seorg wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketaqwaan Sumayyah dan menambah keberaniannya. Akhirnya Sumayyah di bunuh dgn penyeksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumayyah dicatat dlm lembaran sejarah dengan tinta emas krn beliau wanita yang pertama mati syahid dlm Islam sbg motivasi jihad terhadap generasi yg berikutnya. Namanya abadi hingga kini utk dikenang sbg pejuang yg sanggup dan berani melawan kekejaman dan kekerasan. Ibnu Hajar berkata dalam kitabnya Al-Ishabah; “Sumayyah bt Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah b al-Mughirah b Makhzum. Beliau adalah ibu Ammar b Yasir org yg masuk Islam pd hari ke-7. Sumayyah diseksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pd kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Yasir dinikahkan oleh Huzaifah dgn Sumayyah kemudian mendapat sorg anak yg diberi nama Ammar setelah dimerdekakan. Yasir, Ammar dan Sumayyah termasuk angkatan pertama yg memeluk Islam.”

Sumayyah menjadi lambang dalam menegakkan agama Allah. Dia termasuk 7 orang yg pertama sekali menunjukkan keIslamannya di Mekah. Mereka adalah Rasulullah, Abu Bakar, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar dan Sumayyah. Rasulullah dan Abu Bakar dihalangi oleh kaumnya sedangkan yg lain dipakaikan baju besi dan dipanaskan pd sinar matahari yg terik. Melihat Sumayyah, maka Abu Jahal mendekatinya dan menusuknya dengan tombak hingga meninggal dunia. Ammar hidup hingga menyaksikan terbunuhnya org yg membunuh ibunya

Begitu agungnya nilai perjuangan seorg wanita. Bila kita renungkan ternyata org yg pertama sekali memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yg dibawa Rasulullah ialah Khadijah dan org yg pertama sekali syahid dalam Islam ialah wanita yg bernama Sumayyah...Allahuakbar!

25 Disember 2009

Jemputan Walimatul A'rus....

Assalamualaikum...,
Buat teman-teman yang setia melayari blog Persinggahanterakhir...jemputan ke majlis perkahwinan abang saya pada 27hb.12.2009 (ahad). Bertempat di

No 14, Kampung Sri Gombang
72200 Batu Kikir N.Sembilan..
Kehadiran teman-teman amat dialu-alukan..dan InsyaAllah akan lebih menyerikan majlis pada kali ini...wassalam....




19 Disember 2009

Ita janji tak buat lagi,..Abah..!!! bagilah balik tangan Ita..!!

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."

katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya ...

p/s : "sayang anak sepenuh hati...sayang harta ala kadar cukup..harta takkan mendoakan kita bila sudah tiada di dunia.."

15 Disember 2009

Sabarlah Dengan Ujian ini...

Buat Teh Affifah Shahira Abdul Hamid, moga tabah dan redha menjadi milikmu. Salam penuh simpati dari Pena Persinggahan.

Gambar kenangan sebelum nahas berlaku

Gambar setelah nahas, Teh Affifah ditenangkan oleh sanak saudara


aku mendengar berita ini melalui Buletin Utama Tv 3, 2 hari lepas. Dijemput Allah setelah Empat jam bernikah. Seribu simpati menghuni jiwa ku. Biasanya, Allah memilih insan yang terbaik untuk memikul ujian dari-Nya itu.ku doakan kekuatan hati sentiasa bersama Teh Affifah. Begitulah percaturan Allah yang tidak terduga oleh kita, dan yang pasti, segalanya akan berlaku mengikut janji-Nya.
Al -fatihah buat kesemua nahas kemalangan.

Bingkisan buat temanku...

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
madahku ini menuntut bicara...
walau hati gundah gulana...
dengan harapan menuntut suasana...
agar kekal terus ceria...

sahabatku...madah ini terlalu sesuai untukmu...hati kecilku tertanya-tanya... apakah yang terjadi sebenarnya? sebelumku melangkah lebih jauh...aku ingin mengungkap sebuah ungkapan yang amat brmakna ...
"pilihlah sahabat yang apabila kamu terpandang wajahnya, kamu teringat Allah..bila bersama dengannya,kamu teringat Allah..."
sahabatku...
dari ungkapan tersebut... kita fahami..islam menuntut kia menjalinkan ukhwah dengan orang
yang sntiasa menghiasi dirinya dengan iman...
sahabatku...Allah menjadikan kita sebagai seorang khalifah dan da'e di muka bumi ini...sebagai umat yg paling mulia di sisiNYA,kita haruslah bersabar, tenang dan hadapi semuanya dengan tabah... buat sahabat,.. aku ingin meyakinkan dirimu sekali lagi...carilah orang yang sentiasa tawadhu' dan mndekatkan diri pada Yang Maha Esa...seperti kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti.." jika kamu hilang seorang sahabat, kerana tingkah lakunya yg brubah, tidak mengapa...tinggalkan dia dan carilah sahabat yg bukan sahaja cantik fizikal semata, tetapi akhlak ukhwahnya sentiasa berpegang dengan niat fi sabilillah...untuk berjuang di jalan Allah...
tapi tak brmakna kamu harus tinggalkan sahabat itu.
cari yang islamic untuk mengukuhkan pegangan diri dan mmbantu kita...seterusnya bolehlah kamu berdakwah dgn yakin...bantulah rakan yang ditinggalkan agar menjadi muslim,muslimah dan mujahid,mujahidah serta mu'min,mukminah solehah...
kerana..utk menegakkan agama suci ini... kita tidak boleh tidak, harus bersatu padu...ikrar bersama... ku cadangkankamu hidupkan halaqoh atau Usrah...mungkinkamu boleh meminta sedikit nasihat kumpulan halaqah kamu..halaqoh atau usrah adalah satu amalan yang penting....sesibuk manapun kita, carilah masa minima sekali seminggu untuk berhalaqoh...kerana halaqoh ini penting...kita daptt mmbincangkan masalah diri dan musyawwarah bersama rakan untuk mendapatkan keputusan...
selain itu kita juga boleh istikharah utk memilih keputusan yang trbaik... apabila kita d dalam halaqoh..,kita akan menguatkan satu sama lain dengan nasihat yg bernas, dan berlandaskan islam...kamu boleh bantu diri kamu dan islam.. ... halaqoh dan usrah boleh menjadi pemangkin ummah...wassalam..
p/s : Bingkisan ini kutujukan buat sahabatku farizal..
semoga dirimu diberkati selalu...

Bicara Dengan Bahasa Hati...


….
.
Tak ada musuh yang dapat ditaklukan oleh Cinta
Tak ada penyakit yang dapat disembuhkan oleh kasih sayang
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran

.
Semua itu haruslah berasal dari HATI
.
Bicaralah dengan bahasa HATI maka akan sampai ke HATI pula
.
Kecenderungan bukan semata-mata betapa keras otot dan
betapa tajamnya otak, namun juga betapa lembutnya HATI
dalam menjalani segala sesuatu
.
Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya
dengan merengkuhnya dengan lengan yang kuat
atau membujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis
Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang
jauh di dalam dada anda
.
Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya
pada keberhasilan anda

.
“Ingatlah di dalam jasad manusia itu ada sepotong daging, tatkala sepotong daging itu baik, baiklah jasad keseluruhannya dan tatkala rusak (sepotong daging itu), maka rusaklah jasad keseluruhannya. Ingatlah dia itu hati”
(Hadits Riwayat An Nu’man bin Basyiir – Mustafaqu alaih)

CINTA SUCI....


Bila seorang laki – laki mencintai seorang wanita dengan tulus, suci dan bersih dari pengaruh nafsu birahi. Sebuah cinta yang jauh dari kekejian, dan terhindar dari ketidak senonohan. Ia mencintai wanita bukan karena birahi.

”Cumbu rayu yang suci merupakan ungkapan dari kata hati sekelompok kaum muslim yang memelihara ketaqwaannya, yang lebih mengutamakan keselamatan dari belenggu noda dan dosa, yang memandang bahwa segala cumbu rayu yang penuh nafsu birahi akan menjerumuskannya kelembah dosa”

Sesungguhnya nafsu itu selalu mengarah kepada kejahatan dan Neraka itu selalu diliputi oleh nafsu birahi (Syahwat).

Cumbu Rayu yang suci adalah penampilan yang mampu menghimpun perasaan – perasaan cinta yang lebih baik untuk memadamkan nafsu birahi, menjaga keagungan jiwa dan naluri.

Bila seseorang diuji dengan cintanya terhadap wanita, tetapi tak sampai kejenjang pernikahan, hendaknya ia menunjukkan diri dan berusaha untuk melupakannya, meski tersisa benih cinta dihatinya. dan hendaknya ia mencurahkan segala usahanya untuk membentengi diri dari perbuatan – perbuatan yang menjerumuskannya kelembah dosa, dengan harapan semoga Allah akan menghapuskan segala derita dan menghilangkan segala kesedihannya.

Bila ada seseorang meninggal karena cinta yang sangat mendalam, ia digolongkan sebagai seorang yang mati syahid. ini karena usahanya di dalam menjaga kesucian dirinya dari dosa, sampai ia menaggung derita dengan penuh kesabaran, dan mati karena menjaga kesucian dirinya

Cumbu Rayu…………………………….

cumbu rayu adalah kata – kat indah yang diucapkan kepada lawan jenis / seseorang, sebagai pertanda adanya suatu ketertarikandan kekaguman. Cumbu rayu yang diharamkan adalah Cumbu rayu yang bisa membangkitkan syahwat dan naluri nafsu birahi yang bisa berupa ucapan atau gerakan. Diharamkannya rayuan ini adalah untuk menutupi pintu kerusakan dan menghindari fitnah.

Jika suatu itu diharamkan, maka hal – hal yang bisa menghantarkannya kepada sesuatu yang haram tersebut juga diharamkan. Rayuan yang di perbolehkan adalah rayuan pada seseorang dengan tidak mengungkapkan keindahan – keindahan tubuhnya yang merangsang, tidak membangkitkan nafsu birahi.

“jika engkau sumber tambang kebaikan, maka maafkanlah segala kesalahan yang menyakitkan. Sesungguhnya engkau dapat melihat apa yang engkau lakukan dan dapat mendengar apa yang engkau ucapkan”

“Jika kau mencintai seseorang, cintailah ia dengan sewajarnya. Sesungguhnya engkau tidak tahu kapan kamu akan membencinya. dan jika kamu membenci seseorang, bencilah ia dengan sewajarnya, karena sesungguhnya kamu tidak akan tahu kapan cinta itu akan kembali”

“Kadangkala Allah menyatukan antara dua orang yang saling bermusuhan, setelah keduanya benar – benar mengira bahwa mereka berdua tidak akan bertemu ataupun bersatu

Cermin diri....

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

11 Disember 2009

Peringatan Buat Diri..jagalah Perangai & Akhlakmu

Assalamualaikum buat teman persinggahan yang disayangi…,

Salam ingatan yang berpanjangan dari saya buat kalian semua.lama juga rasanya tak menitipkan sesuatu bingkisan buat diri dikala ini.


Hari ini Jumaat 11 Dis 2009, kucuba gerakkan jari jemariku ini dipapan keybort laptop abangku.aku tak tahu apa yang ada didalam fikiranku tika ini.fikiranku kosong ,…entah apa yang akan kulakarkan di blogku ini…tetapi hati ini meronta-ronta ingin menitipkan sesuatu disini, dikala fikiran ku kosong dan hati tidak begitu megizinkan untuk meluahkan apa yang terbuku selama ini…

Hampir sebulan bekerja di Azhar Media, banyak ilmu pengalaman yang dapat kutimba.sesuatu yang berharga ini tidak akan kulupakan sampai bila-bila…Ukhwah yang terbina diantara aku dan teman-teman juga menjadikan sering berhati-hati bila bersama mereka…pengalaman satu ketika dahulu bersama teman-teman masih terbayang dimata…akan ku jadikannya sebagai salah satu pengalaman hidupku.

Hafiz.., teman yang sering membantuku dalam setiap kerja edit yang ku lakukan.hanya kami berdua lelaki dalam 5 orang wanita..sifatnya yang ramah dan berterus terang dalam percakapan, membuatkan hubungan kami ceria setiap hari.seorang yang bersemangat dalam melakukan kerja dan suka membantu teman-teman yang lain.

Kak Masah, seorang yang ramah dan ringan tangan dalam kerja-kerja yang dilakukan.tidak pernah menolak pelawaanku ketika memerlukan bantuan darinya.ku panggil kakak kerana ia lebih usia dariku.. sifatnya yang suka membantuku sering kulupakan ucapan syukran padanya..maafkan saya kak..

Kak Nuri..,seorang yang lembut diwajah, tegas dan bertanggungjawab dalam setiap kerjanya.walaupun setiap gurauannya selalu ditujukan padaku..kuterima dengan hati terbuka..kecerdikannya dalam penggunaan ayat Bahasa Arab, selalu menjadikan rujukanku tika ku inginkan bantuan darinya..

Kak Fizah.., kakak kepada Hafiz..seorang yang lembut keperibadian dan lembut tutur kata.tak hairanlah jika kukatakan, baginya mudah untuk mendapat teman kerana keperibadiannya…tak salah jika kukatakan dia terlalu sayangkan adiknya dan teman-temannya yang lain..sering membantu tika teman-teman memerlukan bantuannya…

Itulah dia teman-temanku di Azhar Media..teman yang selalu membantu dalam setiap gerak kerjaku disana…kadang-kadang kurenungi sifat, perangai dan ragam mereka disana..elok budi pekerti dan ramah, memang itulah lumrah akhlak seorang muslimah.tetapi ada juga yang tidak pandai menjaga mulut dan suka menyakiti hati orang lain…Cuma dapat kukatakan pada diri, dia bukanlah seorang wanita yang baik bagi seorang lelaki.

ye, memang benar apa yang selalu dikatakan. setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.. perpisahan kita untuk sementara waktu.perpisahan yang membawa haluan kita semua kepada tujuan yang satu.. iaitu kehidupan yang perlu diteruskan dan perjuangan yang masih belum selesai…Salam Ukhwah Fillah buat teman-temanku..sambutlah salam perjuangan dariku.semoga diri kalian sentiasa dilindunginya selalu..Amin ya Rabbail A’lamin…

p/s : maaf atas coretan ini..sesungguhnya ia datang ikhlas dari hati sanubariku..
maaf jika ada yang terasa...

09 Disember 2009

INDAHNYA UKHWAHFILLAH.....

Kenangan Ukhwah Terindah....
Salam pertemuan...berkongsi kehebatan dan kemanisan ukhwah di kala ini...

masih terasa kehangatanya...sungguh manis ukhwah dalam perjuangan ini...sehingga tak terkata...

" UKHWAH TERBINA GENERASI PERKASA "

Ukhwah adalah ikatan persaudaraan.Tanpa ukhwah manusia terseksa. Ada ukhwah datangnya saudara. Dengan ukhwah kita semua berkenalan, memahami, berkongsi cerita suka dan duka, pahit dan manis serta mendapat ketenangan dan kegembiraan bersama.
Semakin tenang di pantai, tambah lagi dengan tiupan angin bayu pantai...nyaringan suara ombak...membina lagi kemanisan ukhwah yang ada serta memperkasakan tenaga gerak kerja di jalan ALLAH.

" SATU UKHWAH, SATU PERJUANGAN, SATU MATLAMAT "

Manisnya ukhwah yang tak ternilai ini. Betapa mahalnya ukhwah. Rugilah siapa yang tidak mahu pada ukhwah atau melepaskan peluang berukhwah.Rehlah ukhwah yang sangat memberi makna tentang manisnya sebuah ukhwah. Walaupun pahit diharungi untuk mendapat kemanisannya, namun ia tetap berharga.

Jumpa skali skala..berkumpul ramai-ramai...gema dan gempak gempita suasana...semua nak bercerita dan berkongsi cerita...tak cukup telinga nak mendengarnya...sikap berlapang dada, kesamarataan dan lebihkan sahabat di amalkan..semuanya jadi ok belaka...

Terima kasih dan bersyukur pada yang MEMBERI pada diri ini mengenali ukhwah yang mahal harganya dan tiada bandingannya.
gandinagn biru dan hijau kelembutan dan ketenangan sebuah ukhwah yang terbina

" Ya ALLAH Ya Tuhan ku, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar, penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawkkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang Mu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama mu. "...Aamiiin...

02 Disember 2009

BINGKISAN DIRI BUAT EMAK DAN ABAH......

Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang masih mengurniakan kita nikmat kesihatan serta masih lagi bernafas untuk kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah.

Ya Allah,
Kau masih lagi memberi kesempatan pada diri ini untuk berbakti kepada insan yang bergelar ayah dan ibu...

Terkenang kembali masa zaman kecil2 dahulu..ibu bapa adalah segala2 buat kita. Sewaktu itu kita merasakan mereka adalah pelindung kita. Ibaratnya tanpa mereka, kita merasa tidak selamat walaupun hakikatnya Tuhan bersama kita. Pada masa inilah mereka menerapkan kepada kita pelbagai ilmu dan mengajar tentang kehidupan. Pada masa itu, kita sentiasa mengiyakan apa sahaja yang dituturkan oleh mereka.

Namun, apabila usia semakin menginjak dewasa..kita mempunyai acuan pemikiran kita sendiri. Namun segala acuan pemikiran ini adalah tempias kepada didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kita. Namun, dalam satu2 situasi kita kadangkala menemui rakan yang mempunyai ragam yang kurang menyenangkan. Dalam keadaan ini, kita tidak boleh menghukum ibu bapa mereka dengan mengatakan tidak pandai mendidik anak.

Kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh itu sahabat, kita sepatutnya meletakkan diri kita sebaiknya dalam masyarakat..bukan untuk dipandang baik semata2 tetapi menjaga maruah ibu bapa kita disamping menjaga nama baik islam yang kita bawa. kadangkala kita lupa bahawa kita mencerminkan keluarga kita.

Katakanlah:


“Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar”. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). (surah Al-An’am,6:151)

Ayat Allah sendiri telah menggariskan kepada umat islam supaya menghormati ibubapa serta berbakti kepada mereka. Sungguh mereka amat tinggi kedudukannya disisi Allah kerana jasanya kepada kita.

“Redha Allah terletak pada redha ibubapa”

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (surah Al Isra’,17:23)

Dan orang yang berkata kepada dua orang ibu bapanya: “Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahwa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku? lalu kedua ibu bapaknya itu memohon pertolongan kepada Allah seraya mengatakan, “Celaka kamu, berimanlah! Sesungguhnya janji Allah adalah benar”. Lalu dia berkata: “Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang yang dahulu belaka”. (surah A-Ahqaaf,46:17)

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan yang sentiasa patuh kepada ibu bapa dan bukanlah golongan yang melupai jasa2 mereka kepada kita. Walau sebanyak manapun wang kita laburkan untuk mereka takkan pernah mampu membeli kasih insan yang bernama IBU dan BAPA

28 November 2009

masa silam...tiada esok tanpa semalam..

Di suatu sudut, kelihatan seorang lelaki terisak-isak menangis kesedihan. Keadaan itu pasti dapat dilihat oleh orang lain. Semua orang sudah maklum, siapakah gerangannya yang menangis itu serta kenapakah ia mengalirkan air mata kesedihan. Itulah dia seorang sahabat Nabi yang begitu tegas orangnya, Umar al-Khatab. Menangisi masa lalunya, kesilapan besar yang telah dilakukannya dizaman jahiliyah. Satu-satunya kesalahan yang begitu membekas dalam hatinya

Mengimbau semula kejadian lalu. Terbayang diruang matanya, si comel yang turut lincah membantu ayahnya menggali lubang di padang pasir itu. Tidak sekadar membantu, dia juga turut membersihkan butiran-butiran pasir di janggut dan muka ayahnya. Betapa mendalamnya kasih seorang anak kepada ayahnya, tanpa dia mengetahui tujuan lubang itu digali.

Kedengaran teriakan sang anak setelah ditolak ke dalam lubang tersebut. Tapi hati yang keras itu, terus berlalu tanpa kesedihan dan tanpa menoleh kebelakang. Betapa kejamnya seorang ayah membunuh hidup-hidup anak perempuannya

Itulah peristiwa yang menyebabkan seorang yang begitu dikenali kerana ketegasannya menangis. Menangis menginsafi kesilapan dan kesalahan yang lalu. Walau menangis air mata darah pun anak yang dibunuh pasti tidak akan kembali
Waktu terus berdetik. Sosok peribadi itu kini kian dikenali masyarakat Arab. Enam tahun selepas Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul, benih keimanan tersemai teguh dihatinya. Bersama Hamzah dengan lantang mengisytiharkan keislamannya. Sejak detik itu, Islam mula diperjuangkan terang-terangan. Berpegang teguh dengan tali Islam, membawa peribadi ini kepada peribadi agung pejuang agama. Terkenal dikalangan sahabat selepas Abu Bakar, dilantik menjadi Khalifah kedua sesudah kewafatan Rasulullah dan termasuk dikalangan 10 sahabat yang dijamin syurga

Begitulah, setiap manusia bangun dari kesalahan masa lalu. Masa lalu boleh terus dilupakan, tapi tak mungkin dapat ditiadakan dalam episod ukiran sejarah kehidupan. Dari sebuah kesilapan, bangkit membina kekuatan dan memperbaikinya sehingga seterusnya memperoleh kejayaan.

Itulah dia seorang mukmin, membina kejayaan dari kesilapan-kesilapan silam. Bukan terus melakukan kesilapan tanpa memperbaikinya. Begitu juga hidayah yang telah diterima. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Bersyukurlah andai dipilih oleh Allah untuk membawa dan memperjuangkan agama-Nya. Bersyukurlah masih diberikan nikmat kehidupan untuk melayangkan sepenuh ketaaatan kepada sang Pencipta. Bangunlah, bangkitlah....jangan biarkan masa lalu mengelabui masa hadapan, tetapi pandanglah pengajaran yang dapat diambil dari masa lalu, kerana

TIADA HARI ESOK TANPA SEMALAM........,..

26 November 2009

Salam AidilAdha & salam 27 Nov...berlalu setahun lagi umurku..

Assalamualaikum....

Salam ingatan dari saya buat teman-teman yang datang singgah menziarahi blog persinggahan terakhir ini...saya doakan mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan ceria dan gembira sokmo...
Alhamdulillah, dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk mencoretkan sedikit sebanyak keadaan saya tika ini.almaklumlah, akhir-akhir tahun ni kerja tak putus tiba untuk saya selesaikan..yelah, dah namanya tanggungjawab la katakan..nak tak nak kena juga lakukan.

Hari ini 26 November 2009, tika ini saya berada dikampung sedang melakukan kerja-kerja untuk hari esok..apa lagi kalau bukan kerja membantu mak dan abah dirumah..kerja banyak, kesian pula tengok abah bertungkus lumus menyiapkan pembinaan bilik air yang ke-2 dirumah tu.abang-abang semua beraya dirumah mertua masing-masing.jadi saya lah yang membantu mereka.

Mak, sejak akhir-akhir ini asyik kurang sehat je.sakit kaki dan pening kepala selalu menghantui mak.mak memikirkan banyak perkara.tentang keluarga, hal anak-anak dan tentang kenduri kahwin abang akhir bulan 12 nanti.kesian tengok mak.. seorang wanita yang banyak berjasa pada keluarga ini.kalau tak ada mak, tak tahulah macam mana jadi keluarga ini.InsyaAllah, saya cuba berjanji pada diri agar sentiasa membantu mak dan abah...berjanjilah wahai diri..berjanjilah..!!!

Esok hari raya AidilAdha..jatuh pada hari jumaat 27 Nov..Alhamdulillah, dapat lagi bersua dengan hari yang mulia ini..maha sucimu Ya Allah, maha Besarmu Ya Rahim..

Labbaikallah Humma Labbaik...
Labbaikala Syarikala kalabaik...
Innalhamdah..
Wannai'mataka...
Laka Wansyur...
La syarikalak...

Gembira betul tiap kali tibanya 27 Nov...kebetulan hari raya Aidiladha tahun ini bersamaan tarikh hari lahir saya...Subhanallah..!!! sambut hari lahir dengan takbir dan tahmid pada illahi..(SELAMAT HARI LAHIR YE BAD...hehehe..) dah tua dah saya ni..semakon hari umur semakin bertambah..tapi amalannya sentiasa berkurangan..Ya Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini....

jadi pada teman-teman semua doakan saya ye..moga panjang umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang yang berguna, megabdikan diri pada Islam yang tercinta..dan mudah-mudahan saya akan menjadi sahabat terbaik kalian....hehehe..jumpa lagi dilain masa..
Salam perjuangan dari saya...Wassalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA1430H......

23 November 2009

MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN

Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan “rumahku syurgaku”, kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.

Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.


Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat
Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.
Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.
“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.
Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Coretan Seorang Hamba....


Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatkuKau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku..
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku..
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam
amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

Aku tadah tangankuKu
bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

19 November 2009

KERANAMU MEMALI....!!!!!

Buku Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang,hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.setelah malap cahaya lokap,panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.
sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah
iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.
Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act
Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,
Akta Keselamatan Dalam Negeriadalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasaAkta Keselamatan Dalam Negeriadalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraanAkta Keselamatan Dalam Negeriadalah undang-undang Iblis dan Syaitan,akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,
Pemerintah ketagihan kuasadadahnya wang dan hartapemimpin khayal dengan serakaherat sayangnya pada angkuh memaksarapat kasihnya pada sombong memerasbegitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata

ISA gari yang merantai kejujuran,ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercintaISA adalah tangisanISA adalah ketakutan
Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggiperjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicarapengorbanan nyawa demi merdekadari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasadan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murbaketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,di balas kereta perisai dan senjataMemali adalah sejarah melawan ISApaling beranimerdeka semangat Ibrahim Libya dibalas pelurugegak gempita tembakanadalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringangugur empat belas orang pejuangsyahid menuntut keadilanmelawan penahanan tanpa bicara
akal penguasa putus budinyadan dacing timbang berat sebelah tidak seimbangrasa hati telah kabur, pudar dan terhakisbenang-benang kusutfikiran hanyutkeyakinan tak dapat dikoyakkan kuasamerah mengalir darah merdekakorban ISA dan kekejaman negarasyahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilanBN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

18 November 2009

Azhar Media Persinggahan kini......

Assalamualaikum w.b.t.

salam ukhwah persaudaraan Islam, buat teman-teman persinggahan yang sentiasa melayari blog persinggahan ini.Syukur kehadrat ilahi dapat lagi mengupdate blog walaupun suasana tidak begitu mengizinkan bagi diri ini.

Hari ini ialah hari yang ke-4 saya membantu kerja di Syarikat Azhar media.Membuat buku,mengupdate, membetulkan segala ejaan dan kesalahan yang berlaku pada buku keluaran Azhar media..tetapi kerja saya kali ini bukan sahaja dibawah syarikat Azhar media sahaja, tetapi lebih kepada bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. jadi apa-apa pun selepas ni buat teman-teman saya..janagan marah haaAaa... jika tiada masa untuk mengupdate blog ini.

buat, curahanhati-nuraninsan, menitisebuahperjalanan, kak zikieera, afif dan sahabat-sahabat di facebook..syukran atas teguran kalian dan ukhwah antara kita yang terjalin.nanti ada masa kita sembang di YM atau saya akan on fecebook je ye....kat bawah ni my pic buat tatapan afif.Gambar atas sekali tu di Nilai. dan dibawahnye tu di Syarikat Azhar Media



12 November 2009

2-3 hari..tentang diri persinggahan

Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa melayari blog persinggahanterakhir, saya doakan anda semua sehat sejahtera, ceria dan sentiasa berada di dalam rahmatnya.
Alhamdulillah, syukur sangat kehadrat ilahi atas kurniaan ni'mat Iman dan Islam yang telah diberikan pada diri ini dan diteguhkan sentiasa dari hari kehari..walaupun berbagai dugaan dan cubaan yang datang menyapa diri ini, InsyaAllah, harap-harapnye doa yang sentiasa keluar dari mulut itu akan menjadi pendinding pada diri ini...

Teman-teman sekelian,

Maaf kerana saya mengambil cuti beberapa hari dari menulis di blog persinggahan ini.entahlah, nak kata sibuk tu taklah sangat.mungkin buat-buat sibuk je kot..
( mentang-mentanglah Negeri Sembilan menang piala malaysia baru-baru nikan..hehehe..)
dalam beberapa hari ni saya hanya sempat menjengah beberapa minit je...sama ada blog, fece book, friendster, ukhwah.com, imeem dan email.maaf atas kesibukan masa saya, kerana banyak komentar teman-teman yang tak dapat saya balas..bukan sengaja, tetapi masa amat mencemburui saya 2-3 hari ni.

Pada hari Ahad yang lalu, saya dilantik menjadi AJK konvokesyen PASTI kawasan yang diadakan serentak dengan majlis muslimat kawasan.memang letih sangat hari tu.cadangnye nak ambil sedikit masa untuk update blog pada sebelah malamnya.tetapi seusai solat Isya', tiba-tiba dunia disekeliling saya menjadi kelam dan saya langsung tak ingat apa yang terjadi selepas itu. keesokannya abang menceritakan yang saya telah jatuh syahid diatas tikar sejadah malam tadi..(mungkin terlalu mengantuk sangat kot...hehehe)

Selepas menang piala Malaysia Negeri Sembilan menentang Kelantan baru-baru ni..dapat la jugak saya bergambar dan meraikan bersama teman-teman piala yang menjadi igauan semua tu...saja jalan-jalan tengok bagaimana orang sekeliling (orang N.S.) meraikannya selepas 61 tahun piala itu tidak pernah dimenangi oleh negri sembilan..berbagai2 gelagat dan ragam manusia yang saya jumpa...ntahlah, nak cerita pun malas.

2 hari lepas wan sebelah mak meninggal dunia, sedih sangat masa tu.mak dan sedara mara lain pun sedih sangat.saya bukannye apa, sedih la jugak, tapi tak la sampai menangis.cuma saya tak boleh tengok orang menangis.bila dah tengok mula la sedih sama.tapi apa pun kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah wan saya..
Al-FATHAH...

Semalam baru je dapat berita yang saya diterima bekerja dibawah Jabatan Agama Negeri Sembilan..Alhamdulillah, gembira sangat dapat berita tu.memang sebelum ni pun ada cita-cita nak bekerjasama dengan Jabatan Agama.tapi kali ni baru dapat..saya cuma nak dapat pengalaman je..bukan fikirkan jawatan dan sebagainye.sabtu dan ahad ni saya akan kursus di Port Dirkson dan terus bekerja..jadinye tak dapatlah nak update blog ni lagi setiap hari...sedihnye..,,!! harap teman-teman pun dapat memahaminye ye...

Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa beri perhatian pada tulisan saya diblog ini..segala komentar dan kata-kata nasihat dari kalian akan menjadikan saya sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap penulisan saya....maaf segala salah silap.teruskan perjuangan kita...happy sokmo...dan akhirnya...
Wassalam..

04 November 2009

JOM TURUN KE BUKIT JALIL BAGI SOKONGAN......

JOM TURUN KE STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SABTU NI....BAGI SOKONGAN KAT NEGERI SEMBILAN ATAU KELANTAN....KITA LAYAN SAMBIL BERDAKWAH....JOM...

VS

03 November 2009

WAHAI DIRI...JANGANLAH MENGELUH.

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya.... .........
dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Al-QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kamitelah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Al-QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, danbolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Al-QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
Al-QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANAKAH HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamukepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA LAGI?
Al-QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakansembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepadaorang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Al-QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Al-QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. HanyakepadaNyaaku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

Kalu nak mengeluh lagi wahai diri..???? Insaflah...wahai diri..., Insaflah...!!! masa tidak akan menunggu kita,. teruskan perjalanan hidupmu yang masih jauh...jadilah seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi salah seorang yang mendapat perlindungan Allah di Akhirat sana....

02 November 2009

AKU, CINTA DAN AIR MATA...

Seni cinta, adalah sesuatu yang abstrak. Tidak dapat disentuh dengan tangan dan tidak dapat dirasai kewujudannya oleh pancaindera yang lima. Tetapi cinta adalah seni halus yang bermain di jiwa, bercorak pada mata hati, berbuai-buai dengan buaian mesra dan kasih sayang. Cukup asyik.
Dalam konteks cinta manusia, selalunya berkaitan rapat dengan perhubungan kekal atau perkahwinan. Tetapi bagaimana pula istilah cinta dengan selain dari manusia? Adakah ia sama sepertinya cinta manusia atau ia mempunyai skema yang tersendiri?
Istilah cinta monyet, beruk atau beruang selalunya mengiring manusia pada proses menempiaskan hawa nafsu. Perlu diketahui, bahawa ramai manusia buta tentang cinta, hawa nafsu dan perbezaan antara dua istilah ini. Manusia kerap kali mengonotasikan hati yang berdebar-debar bila berdekatan dengan orang yang disukai adalah cinta. Karut. Cinta bukanlah hati yang berdebar-debar. Cinta adalah ketenangan, cinta adalah sakinah.
"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kami cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu mawaddah (rasa kasih sayang) dan rahmat..." - Surah ar-Rum Ayat 21
Perkahwinan adalah suatu manifestasi daripada frasa cinta dan kasih sayang. Tetapi adakah ianya benar? dan semua orang yang berkahwin melalui frasa cinta dan kasih sayang?

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ketika itu saya fikir mereka masih belum matang sepenuhnya untuk berbicara tentang cinta. Namun saya cuba membawa pemikiran cinta yang sebenar pada mereka. Persoalan saya pada kawan-kawan saya itu adalah 'Apakah sebenarnya matlamat yang paling utama manusia berkahwin? Adakah kerana cinta, atau kerana sekadar mengikut sunnah, ataupun sebab nafsu semulajadi manusia, ataupun lainnya untuk perkembangan zuriat?'
Ada yang memberi jawapan kesemuanya. Namun saya menolak kerana kerana itu jawapan diatas kertas periksa. Saya mahu jawapan itu dijawab dengan ikhlas dari sumber hati rakan saya yang disoal itu. Masing-masing memikirkannya untuk mencari satu jawapan yang tepat. Ada yang memberikan jawapan kerana zuriat, ada pula yang menjawab kerana nafsu manusiawi, dan jawapan-jawapan lain. Tetapi jawapan cinta amat sedikit yang saya dengari. Saya membuat kesimpulan awal, mereka masih belum kenal erti cinta mungkin, ataupun memang remaja selalunya menipu apabila mereka ditanya tentang cinta kerana mereka belum faham erti cinta.
Cinta Mengubah Dunia

Cinta adalah sesuatu yang agung dan dahsyat. Semalam ia mengubah dunia, hari ini ia mampu mengembalikan semula dunia kepada asal. Semalam boleh berlalu tanpa apa-apa, tetapi hari ini ia boleh mengubah segala-galanya dek penangan cinta.

Kisah cinta Jalaluddin al-Rumi dalam kitabnya Masnawi. Cinta Rasulullah s.a.w pada umatnya dengan hadith-hadith yang ditinggalkan. Bahana cinta Rabiatul Adawiyah pada Allah s.w.t dengan mengorbankan dunianya. Manifestasi cinta seorang ibu sanggup mengorbankan diri untuk kelahiran anaknya. Romeo dan Juliet beradu cinta dan lara. Laila dan Majnun merana dalam rindu kasih cinta mereka dikuburan lembah pasir. Cinta kembara agung putera raja Qamaruzaman dengan Puteri Budur dalam kisah seribu satu malam dan banyak lagi dalam bingkisan sejarah dunia adalah jagoan-jagoan kisah cinta yang berputik dari kehalusan hati mereka.
Kecintaan kepada ilmu telah mewujudkan ketamadunan manusia sejak berpuluh ribu tahun yang dahulu. Orang-orang Islam dan Greek masing-masing berlumba-lumba mengembangkan ilmu pemikiran dan sains falsafah kerana kehidupan mereka yang penuh kecintaan terhadap ilmu. Buktinya, balai cerap dibina untuk meneroka ruang angkasa dan kitab-kitab ulung yang ditulis sebagai bukti sejarah kecintaan masyarakat Islam pada bidang astrologi dan ilmu-ilmu lain. Ilmu logik berpindah dari satu generasi ke satu generasi dan sekolah 'Academy' yang didirikan Plato menjadi kegilaan orang Greek terutamanya di Athens. Kisah cinta ilmu ini pula menjadi subtopik dalam seni falsafah cinta sepanjang hidup manusia.
Air mata
Cinta... cinta.... Sudah berapa galen air mata engkau keluarkan dari mata-mata manusia sejak Nabi Adam dilahirkan hingga sekarang disebabkan oleh cinta yang dusta. Berapa ramaikah hati dan perasaan wanita yang telah engkau pasrahkan bermula sejak manusia mengenal erti cinta? Lantaran hati wanita yang sensitif, engkau mudah memperkosa hati mereka hingga hilang mahkota cintanya pada seorang lelaki hingusan. Amat menghairankan.
Memang air mata adalah penawar dan kesudahan bagi episod cinta yang berakhir terlalu awal. Hawa nafsu, permainan lidah dan kebobrokan hati menjadi kunci beracun cinta yang durjana. Air mata selalu dikaitkan dengan wanita. Sebagai rakan karib, wanita sering ditemani air mata kesedihan setelah cintanya ditolak atau dipermainkan oleh lelaki. Apa kurangnya dengan lelaki. Hero kampung pun boleh menitiskan air mata kalau sekiranya penolakan cinta itu yang menjadi bahannya
Cintailah makhluk lain. Kerana sesungguhnya sesiapa yang tidak menyintai, dia tidak akan dicintai. Rindu, gelisah dan nafsu adalah permainan cinta. Kalau anda sanggup berkorban untuk cinta, maka cinta akan menjadi sesuatu kuasa yang amat luar biasa dalam sejarah hidup anda. Ia adalah kuasa ultra. Cintailah Allah dan agamanya...