02 Februari 2016

Selamat hari ulang tahun ke 2 kita...





"Disaat aku sudah tidak tahu untuk harus berkata apa,
 tapi ada satu hal yang membuat aku bahagia,
kerana aku dan kamu adalah dua Insan yang memiliki
satu harapan untuk terus bersama..."

02 Disember 2015

7 DOSA ISTERI KEPADA SUAMI


7%2BDosa%2Bisteri%2Bkepada%2Bsuami%2Byan











Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri…

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

1 – Menghina atau mengumpat suami

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 – Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

3 – Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4 – Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

5 – Membenci kegemaran suami

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)

6 – Menjadi tekanan kepada suami

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 – Mengungkit-ungkit janji suami

Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah saw :
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)
InsyaAllah mudah2an pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.

03 Februari 2015

:: ~~ ::ulang tahun pertama kita...::~~:: "Uhibbuki Hattal Jannah"..


Bismillahirrahmanirrahim

Doaku buatMu kekasih...
 "Ya Allah ku mohon kerahmatanMu, agar berpanjangan jodohku selamanya.....InsyaAllah.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
,
 agar bertambah kekuatan Ku untuk menyintai Mu....
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
 agar tidak aku jatuh dalam jurang cinta nafsu....
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati Ku padanya agar aku tidak berpaling daripadaMu....
Ya Rabbal 'Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya 
bermunajat di penghujung sepanjang malam ....
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
 perjalanan panjang menyeru manausia kepada Mu....
Ya Allah , sesungguhnya Kau lah Maha pengasih dan Penyayang.... Kau kurniakanlah sifat kasih sayang berpanjangan antara diriKu dan kekasih hati ini.........kasih sayang bersama anak-anak permata hati Ku dan kasih sayang sesama makhluk Mu....


DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah,
 Aku bersyukur kepada Mu
 yang telah memanjangkan jodoh ku bersama
 isteriku ku sehingga kesaat ini.... 
Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan
 jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
 yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, 
yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
 dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
 Andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat,
 saling menjaga kehormatan dikala jauh,
 saling menghibur dikala duka,
 saling mengingatkan dikala bahagia,
 saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan 
serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
 sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini
 sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.
 Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu.
 Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. 
Jadikan mereka kami Ya Allah, teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
 Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, 
keturunan kami dan ampunilah kami. 
Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

24 Januari 2015

Uhibbuki Ya Ummu Aini,..


Bismillahirrahmanirrahim


Jiwaku sering merasakannya
Perasaan itu hadir  dalam setiap hela nafasku
Acapkali  hembusan kerinduan itu menyesakkan dadaku
Puas ku cari penyembuhnya
Namun semakin hari
Semakin sakit desakan hatiku
Adakah sesakit ini titipan perasaan dariNya?

Ku lihat langit yang membiru
Ku dengar titisan hujan
Ku  rasai kehadiran lembutnya sang bayu
Namun,belum dapat ku hilangkan kerinduan ini

Bila cinta itu hadir daripadaNya
Tiada yang bisa mengusirnya
Melainkan Dia
Inginku bersama selamanya
Namun, kita masih adanya
Perit hatiku terubat, bila kita bersua

Uhibbuki ya Ummi Aini…


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template